Ini 4 Cara Masak Tempe  Yang Senang & Sedap, Korang Boleh Cuba

Share

Jemu dengan daging ayam atau ikan, di hari cuti ni jom kita cuba menu tempe yang ringkas tapi sedap. Harga murah dan cepat masak. Tak kisahlah nak masak tempe je atau campur dengan bahan lain, ia tetap sedap. Masaklah ikut kreativiti dan selera anda dan keluarga. Kalau susah nak fikir menu apa, ini RASA kongsikan empat menu tempe yang sangat senang dan sedap.

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping  tempe | hiris menyerong
  • 1 biji bawang besar  | belah dua dan hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 8 biji cili padi | hiris
  • Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh  air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap pekat panis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
  4. Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
  7. Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:

 TEMPE GORENG BERSAMA DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong dadu
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 2 pokok daun bawang | potong 3cm
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
  5. Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kacau seketika dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

TEMPE NUGGET MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong empas segi  3X3 cm
  • 1biji telur
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan Sos Cili Thai
  • 1biji cili merah | cincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
  3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
  6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
  7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
  8. Sedia dihidangkan.

TEMPE TUMIS SOS TIRAM BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong dadu
  • 150gm udang  | buang kulit dan belah tengah
  • 2 tangkai cili hijau | hiris
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng tempe dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang merah, kemudian masukkan bawang putih, hirisan cili hijau dan padi.
  4. Kacau rata kemudian masukkan udang yang telah dicuci bersih.
  5. Setelah udang bertukar warna, masukkan sos tiram dan air asam jawa, kacau rata.
  6. Masukkan tempe tadi, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah masak dan sekata rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin