Sudah basuh tangan dengan sabun tapi bau bawang merah yang melekat pada tangan lepas kupas dan hirisnya masih tak hilang. Jangan risau ada empat cara mudah boleh menangani bau bawang merah yang degil ini:-

Ini 4 Cara Mudah Hilangkan Bau Bawang Merah Pada Tangan.

Ads
  1. Cuka

Titiskan beberapa titis  cuka makan pada tangan dan ratakan  keseluruh tapak tangan , kemudian cuci dengan sabun seperti biasa. Ini kerana bau cuka yang tajam boleh menutralkan bau bawang merah yang kuat.

Ini 4 Cara Mudah Hilangkan Bau Bawang Merah Pada Tangan.

  1. Kopi

Serbuk kopi juga terkenal  mampu menghilangkan bermacam bau di dalam  rumah mahupun dalam kereta.  Sudah pasti, ia boleh juga menghilangkan bau bawang merah yang melekat pada tangan.  Caranya mudah je, ambil satu sudu makan serbuk kopi dan ratakan pada tangan dan gosok-gosokan, kemudian  bilas dengan air bersih  seperti biasa.  Gerenti bau bawang akan hilang.

Ads
  1. Ubat Gigi

Cara lain anda boleh gunakan ubat gigi yang mengangdungi florida untuk mencuci tangan  berbau bawang, kemudian cuci dengan air bersih. Ia sangat mudah.

  1. Gosok Tangan Pada Peralatan Stainless

Jika bau bawang masih melekat pada tangan,  apa kata anda usapkan tangan pada perlatan dapur yang diperbuat dari stainless di bawah air mengalir eselama beberapa minit. Stainless dikatakan boleh menutralkan bau bawang yang kuat pada tangan.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI