Ini 4 Cara Mudah Hilangkan Bau Degil Pada Bekas Plastik Korang.

Share
Bekas plastik makanan anda berbau kurang enak walaupun banyak kali dicuci? Biasanya jika anda simpan makanan yang berminyak serta berbau pasti akan menyebabkan masalah ini terjadi. Usah risau kerana anda boleh mengatasinya. Selamat mencuba dan jangan lupa ‘share’ jika petua ini bermanfaat ya.

1. GARAM

Bau pada bekas plastik atau tupperware  seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia  boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.

2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA 

foto: homesavvyatoz.com

 Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan  tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.

3. BIJI KOPI

Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.

4. UNCANG TEH

Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan. 

Published by
Norasida Myasin