Dalam satu hari kita memerlukan 25gram serat, bersama dengan satu mangkuk oat. Malah makanan kaya serat ini juga mudah diperolehi dan murah harganya. Oleh itu jangan abaikan info tentang kebaikan oat yang RASA kongsikan ini.
HIDUP SIHAT
Kajian juga mendapati seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi jika mengambil tiga gram serat setiap hari mampu mengurangkan kadar kolestrol sehingga 8-23 peratus. Sebagai info satu cawan oat bersamaan empat gram serat. Amalan pengambilan oat secara berterusan sangat berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam badan.
Penghidap Diabetes II, berpunca dari kandungan gula dalam darah yang tinggi yang disebabkan oleh penurun sensitiviti terhadap insulin hormon. Langkah mudah dan murah untuk mengurangkan paras gula, terutama kepada anda yang menghidap diabetes jenis ini adalah dengan cara pengambilan oat secara rutin dan meningkatkan semula sensitiviti pada insulin.
Oat kaya serat larut dan tidak larut, serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolestrol dan menstabilkan tahap glukosa darah. Sementara kandungan serat tidak larut membantu mengurangkan sembelit, meningkatkan kesihatan usus dan melancarkan proses pencernaan.
DIET MURAH
Kajian di Australia mendapati kandungan beta-glucan dalam oat mampu mengawal hormon rasa lapar, ini menjadikan anda kenyang lebih lama. Kepada anda yang ingin berdiet, info ini perlu diberi perhatian. Satu perkara lagi, jangan elak karbohidrat bila ingin menurunkan berat badan, kerana bijirin tinggi serat ini sangat membantu kerana pengambilan oat membantu anda berasa kenyang lebih lama. Semangkuk oat yang dimasak sangat baik dijadikan menu makan malam yang sihat.
TIDUR BERKUALITI
Oat sebenarnya bukan hanya sesuai diambil sebagai sarapan, malah oat juga baik sebagai hidangan makan malam. Ini kerana oat mengangdunin melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakkan tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
CANTIK SEMULAJADI
Kajian dari FDA Amarika Syarikat ada menyebut Oat berkesan menghilangkan kekeringan dan peradangan, termasuk sengatan serangga, ruam, dan eksim. Pakar dermatologinya Dr. Army Erchsler mengatakan empat fakta tentang kecantikan kulit. Pertama oat boleh mengatasi masalah kulit kering kerana kandungan polisakrida mampu menjadi pelindung terbaik pada kulit, mencegah kulit kusam, kering, serta bersisik. Secara tidak langsung ia juga melembabkan kulit.
Kandungan proteinnya pula membanatu melewatkan proses penuaaan dan pembersih secara semulajadi semulajadi serta menghilangkan kotoran dan minyak dari pori-pori hanya dengan menggunakan masker oat yang anda sediakan sendiri. Hasilnya kulit menjadi bersih dan cerah.
Mulai hari ini bila sebut oat jangan pulak korang kembang tekak ye, kerana bijirin gandum yang murah ini adalah sahabat baik untuk anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Apa kata kita mulakan dengan sarapan pagi dengan memasukkan oat dalam secawan susu panas.