Ini 4 Kegunaan Kulit Limau Di Dapur, Lepas Ni Jangan Buangkannya.

Share

Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah  yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya  juga boleh dimanfaatkan untuk  dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda.  Untuk membuktikannya, anda kena cuba.

 

Menyegarkan Ruang Dapur

Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.

Menghalau Serangga

Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Ia kerana serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga.  Berita baiknya anda tidak perlu keluarkan duit untuk halau serangga.

Menuteralkan Bau Tidak Menyenangkan

Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas anda cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kulit limau di beberapa sudut dapur, secara tidak langsung bau kulit limau akan menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.

Membersihkan Ketuhar

Bahagian dalam ketuhar  kerap  kotor terutama selepas anda memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah  dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar  kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Masakan kesan memanggang segera hilang.

Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.

 

Published by
Norasida Myasin