Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata anda sajikan menu nusantara yang ringkas dan sedap. Cita rasa memang kena dengan selera orang Malaysia, cuba cara olahan dan nama menu je yang berbeza. Jadi apa salahnya kita cuba dan variasikan hidangan untuk keluarga. Berikut empat menu Indonesia yang RASA kongsikan, anda boleh cuba.

 Ini 4 Menu Indonesia Yang Mudah & Sedap, Korang Boleh Cuba,

 TEMPE GORENG KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tempe | hiris kecil
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teg serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 50gm keju Cheddar | parut
  • 100gm bawang besar | cincang
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
  2. Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
  4. Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
  6. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
  7. Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
  8. Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
  9. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
  10. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili

 Ini 4 Menu Indonesia Yang Mudah & Sedap, Korang Boleh Cuba,

SEMUR BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging kisar
  • 1 biji telur ayam
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 6 ulas bawang merah |hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih  | hiris nipis
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 6 sudu makan minyak masak untuk menumis
  • 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh parutan buah pala
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
  2. Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
  6. Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 Ini 4 Menu Indonesia Yang Mudah & Sedap, Korang Boleh Cuba,

DENDENG RAGI:

  • 600gm daging batang pinang | hiris nipis
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 8 helai daun limau purut
  • 250gm kelapa parut
  • 250gm air
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 biji cili merah
  • 3cm lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 2 sudu makan gula perang

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan daging dan bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
  4. Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  5. Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.

 Ini 4 Menu Indonesia Yang Mudah & Sedap, Korang Boleh Cuba,

PEPES UDANG TAUHU PEDAS:

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang  | saiz sederhana
  • 1 biji tomato | cincang
  • 200gm tauhu putih | hancurkan
  • 3 tangkai daun kemangi | hiris
  • 1 biji telur
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 3 helai daun salam | hiris
  • 1/2 cawan santan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | hiris
  • Aluminium foil secukupnya

BAHAN KISAR: 

Ads
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1cm haia
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
  2. Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
  3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Ambil aluminium foil, letakkan di atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
  5. Bungkus bentuk empat segi.
  6. Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.
  7. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI