Ini 4 Menu Telur Puyuh Sungguh Sedap & Luar Biasa Khasiatnya

Share

Selain sedap sebagai makanan, telur puyuh sangat berkhasiat untuk kesihatan.Telur puyuh mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral, lemak, lutein, kolin dan banyak lagi zat yang kesemuanya baik untuk tubuh berbading telur ayam. Sudah tentu korang boleh pelbagaikan pengambilan telur puyuh dalam masakan.


.KARI TELUR PUYUH BERSAYUR:
BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu telur
  • 250 ml santan
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • BAHAN SAYUR:
  • 3 batang kacang panjang | hiris
  • 1 biji terung panjang | hiris serong
  • 1/2 batang lobak merah | potong
  • 1 biji cili merah | potong 3
  • 1 biji cili hijau | potong 3

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula pes campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mereneh.
  4. Seterusnya masukkan bahan sayur dan telur puyuh yang telah dibuang kulit dan dicucuk dengan garpu.
  5. Setelah mendidih dan sayur empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mereneh dan timbul minyak, tutup api dan kari sedia dihidangkan.


SAMBAL MERAH TELUR PUYUH BERSAMA TEMPE
BAHAN-BAHAN:

  • 25 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
  • 1 keping tempe | potong dadu dan goreng
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah kuah pekat dan timbul minyak, masukkan telur dan tempe.
  6. Gaul rata dan tutup api. Sambal sedia dihidangkan.


REDANG BEREMPAH TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:

  • 25-30 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
  • 200ml santan pekat
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu the serbuk jintan putih
  • 3 sekawan | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 cm lenngkuas
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tiga sekawan bersama hirisan bawang besar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan masukkan pes cili kering.
  3. Setelah garing dan timbul minyak, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
  4. Kacau lagi hingga bangkit aromanya, masukkan pula santan.
  5. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan telur puyuh, gaul rata dan kecilkan api.
  7. Setelah timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
  8. Rendang sedia dihidangkan.


TELUR PUYUH BERSALUT DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji telur puyuh | rebus dan buag kulit

BAHAN DAGING:

  • 250gm daging kisar
  • 1/2 cawan daun parsli | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan daging dalam mangkuk, gaul rata hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan dan masukkan telur puyuh di dalamnya, kemudian bentukkan bulat semula menjadi bebola daging.
  3. Panaskan minyak, dalam kuali non stick, goreng bebola ini hingga bertukar warna keperangan.
  4. Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos lada hitam. Terpulang pada cita rasa.

 

Published by
Norasida Myasin