Ini 5 Cara Buat Brownies Yang Lembut & Sedap.

Share

Korang suka brownies? Kalau suka mesti terbayang rasa coklat yang lazat, tekstur yang lembut pasti ramai yang menyukainya brownies.  Dah tentu korang juga teruja nak buat brownies sendiri kerana ia antara kek yang mudah dibuat dan resipi banyak dalam media sosial. Tapi, kalau nak pasti pasatikan brownies korang terbaik, ini ada lima tip brownies yang korang buat menjadi, sedap dan lembut.

Pilih Resipi Yang Betul

Ada dua jenis brownies pertema brownies dengan tekstur padat (fudgy) dan lembut (cakey). Brownies tekstur padat tidak menggunakan baking powder dan sukatan coklat dan mentega adalah lebih banyak berbanding brownies lembut yang menggunakan baking powder. Jadi, sebelum baking, korang pastikan brownies jenis mana satu nak baking.

Gunakan Dark Coklat

Penggunaan coklat sangat mempengaruhi tekstur brownies.Misalnya penggunaan coklat serbuk tidak digalakkan, kerana ia akan menjadikan  brownies anda lebih kering. Sementara penggunaan chocolate baking chip juga tidak disarankan kerana mengandungi stabilizer yang susah cair semasa dibakar. Yang terbaik adalah menggunakan Dark cooking chocolate kerana ia boleh cair dengan sekata dan menjadikan warna brownies lebih gelap.

Gunakan Coklat Pada Suhu Bilik

Setelah coklat dicair, jangan terus campurkan dalam  adunan. Korang kena tunggu hingga coklat sejuk pada suhu bilik, jika tidak telur akan masak dan menjadikan coklat mudah hangus semasa dibakar..

Guna Loyang Yang Sesuai

Pemilihan loyang yang betul dan sesuai juga mempengaruhi tekstur dan ketebalan brownies. Jika loyang terlalu besar brownies akan menjadi terlalu nipis dank eras terlalu masak. Jika loyang terlalu kecil pula akan menyebabkan brownies terlalu tebal dan kurang masak.

Bakar Selama 30-40 Minit

Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama atau sekejap,  jangan bakar kurang dari 30 minit atau lebih 40 minit. Jika was-was boleh guna timer untuk menentukan waktu membakar.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin