Korang pernah makan makanan Barat atau Cina yang menggunakan sos lada hitam yang sangat sedap sebagai pelengkap rasa pada makanan seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yang hangat, manis, masam dan kaya aroma herba yangmenyempurnakan makanan yang dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal untuk menikmati sos lada hitam yang sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:
Ads
Tumis Bawang Holland dengan Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yang telah dicincang halus dengan mentega (lebih kurang satu sudu makan), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pada sos. Jika tidak ada bawang Holland boleh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.
Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sebagai Penambah Aroma & Rasa.
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, untuk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis hingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, boleh saja keluarkannya selepas ditumis.
Tambahkan Sos Tiram, Gula dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu makan sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Untuk stok, korang boleh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dengan apa makanan yang akan dicampurkan dengan sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya untuk ayam.
Ads
Gunakan Lada Hitam Biji Yang Di Tumbuk Kasar:
Rahsia penting bagi mendapatkan sos lada hitam yang sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar untuk mendapatkan aroma dan rasanya yang lebih kuat. Jika tidak ada boleh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yang kurang sedikit. Untuk sos ini anda boleh masukkan satu sudu makan lada hitam yang telah dikisar kasar.
Ads
Pekatkan Sos Dengan Tepung Jagung
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dalam tumisan sos, kacau rata hingga pekat, boleh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
Lepas ni bolehlah berbbq dan mengrill di rumah tak perlu membazir duit makan di luar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila tiba Aidilfitri, hidangan nasi antara menu istimewa yang wajib ada bagi menyambut kedatangan para tetamu. Antara yang popular ialah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan banyak macam lagi. Untuk menyediakan nasi yang cantik, penggunaan beras Basmathi amat digalakkan.
Ini kerana beras ini tidak mudah patah dan enak. Namun untuk memasak, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
CARA ASAS MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI
1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Untuk masak aneka nasi bertumis, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam resipi.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?
Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.