Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut rasa kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
Masukkan Dalam Peti Sejuk
Ads
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
Ads
Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.
TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Bencana alam tidak dapat kita jangka, boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir, kemarau dan sebagainya. Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita.
Salah satu cara untuk menyimpan stok beras ini agar ia tahan lama malah hingga bertahun-tahun adalah dengan menggunakan botol plastik dan bawang putih. Kaedah ini dikongsi oleh Saudah Yahya yang mempraktikkannya sejak sekian lama. Katanya beras kekal elok, tanpa dirosakkan oleh bubuk.
Kaedah simpan stok beras bertahun-tahun lamanya
1. Sediakan botol plastik yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.
2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.
3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.
4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.
Ini beras yang sudahpun setahun disimpan, masih elok dan tiada kutu.
INFO
Bila sudah lama bawang putih akan kecut dan kering meninggalkan kulit saja namun ia tidak akan merosakkan beras.
Selepas setahun atau lebih boleh saja menggunakan beras ini dan gantikan dengan beras lain. Beras akan kekal elok dan tak hancur.
Paling tidak setiap rumah kena simpan 1-2 botol stok beras begini. Bencana alam, darurat dan kecemasan kita tak boleh jangka.
Menguruskan tanaman sendiri bukan suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila bab baja. Banyak kena main try and error untuk dapatkan baja yang sesuai dengan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada saudara Md Khalil Salleh ini, dia sudah 2 tahun menggunakan baja organik buatan sendiri, sejak belajar berkebun di rumah pada musim PKP.
Lagi seronok bila sayuran dan pokok bunga belum pernah kena serangan seranggaperosak sejak guna baja buatan sendiri.
CARA BUAT BAJA ORGANIK BUATAN SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
100gm MSG 3kg sisa ikan 3kg gula merah – beli online di sini 5 labu (atau lebih) bawang putih – beli online di sini 500gm (atau lebih) kulit telur yang dikisar 10-15 liter air yang tiada klorin
1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas besar. Perap sebulan dalam tempat gelap. Kalau tiada tempat gelap, boleh tutup bekas dengan plastik hitam. *kalau nak cepat, boleh juga kisarkan semua bahan di atas.
2. Lepas sebulan, tapis dan terus guna pun boleh. Kalau nak simpan dulu pun boleh. 3. Penggunaan: 10ml + 2 liter air yang tiada klorin, terus sembur pada daun dan pucuk pokok. Atau boleh juga siram pada pangkal pokok pun boleh.
* Siram atau sembur terus 1@2 minggu sekali supaya hasil tanaman jadi lebih subur. *Sesuai untuk pokok sayur berdaun, berbuah macam tomato dan pokok hiasan. *Peram sebulan. Kalau nak guna cepat, boleh peram 2 minggu.