Alamak santan pecah, mesti geramkan. Sebenarnya istilah ini merujuk pada santan yang digunakan sebati dengan kuah masakan. Hasilnya kuah lemak tidak cantik teksturnya dan kurang lemak, aroma santan juga tidak naik. Korang jangan bimbang, ini ada tip RASA kongsikan sebagai penyelesaian masalah santan pecah.
Gunakan Api Sederhana
Gunakan api sederhana sahaja kerana api yang besar boleh menyebabkan santan cepat pecah kerana kuah akan cepat mendidih dan letusan glembung kuah akan memecahkan santan. Biar lamat asal selamat.
Sentiasa Kacau
Cara ini mungkin ramai yang tahu, Pastikan anda sentiasa kacau terus menerus demi memastikan santan tidak pecah terutamanya apabila kuah mula mendidih. Tidak boleh menyambil dengan kerja lain atau berhenti mengacaunya.
Tambah Tepung Beras
Sebelum masukkan santan dalam masakan, campurkan santan dengan sedikit tepung beras, kacau rata supaya campuran tepung beras sebati dan larut sekata. Dengan cara ini kuah dapat bersatu dengan santan dengan lebih sempurna.
Masukkan Santan Cair Dulu
Ada beberapa jenis masakan yang menggunakan santan cair dan pekat. Di mana santan cair dimasukkan dahulu bersama bahan perencah dimasak atau ditumis hingga mendidih. Santan pekat dimasukkan di akhir masakan dan api perlu dikecilkan dan tetap perlu sentiasa dikacau.
Gunakan Santan Segera
Santan segera penyelesaian mudah untuk mengelakkan santan dari pecah tetapi aromanya tidak sama dengan santan segar, namun ia memastikan kuah lemak anda lebih sempurna. Apapun rasa tetap ditentukan oleh air tangan anda yang memasak.
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI