Ini 5 Cara Pisang Tidak Terlalu Cepat Masak, Patut Baca Ni !

Share

Berita baik untuk penggemar pisang, sekarang anda boleh beli pisang lebih kerana ada tip yang boleh dimanfaatkan agar pisang yang anda beli tahan lebih lama, tidak mudah lembik dan busuk.  Bila sudah busuk terpaksa buang, sayang dan membazirkan?

Kalau anda tidak mahu membazir masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang membeli pisang lebih bila harga murah sebaiknya, cubalah petua in

Jangan sesekali simpan pisang dalam peti sejuk.  Suhu sejuk dalam peti sejuk akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk

Elakkan  pisang dari terkena sinaran matahari secara langsung. Sebaiknya letakkan sahaja pada suhu bilik.Pastikan pisang mendapat udara yang cukup.

Keluarkan dari plastik atau bungkusannya kerana  pisang yang masih dalam bungkusan akan membuatnya cepat masak kerana gas etilen dalam pisang akan keluar dan menjadikannya cepat masak.

Jangan letakkan pisang bersama buah-buahan lain kerana sama-sama mengeluarkan gas etilen. Gas ini akan membuat pisang cepat busuk

Paling baik simpan pisang dengan cara menggantungkannya saja.

Mudahkan? Jadi manfaatkannya ye..

 

 

 

Published by
Norasida Myasin