Ini 5 Penganti Tepung Jagung Dalam Masakan, Korang Boleh Cuba Ye.

Share

Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya  bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya  boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-

Tepung Ubi

Tepung  yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya,  anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya  adalah betul, jika kurang  hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.

Tepung Beras

Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.

Tepung Serbaguna

Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan  terpung serba guna.

 

Tepung Sagu

Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan.  Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.

Tepung Kentang

Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.

Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan  kegemaran anda.

 

Published by
Norasida Myasin