Pisau, adalah peralatan wajib ada di dapur. Ia digunakan untuk memotong, menghiris dan mencincang pelbagai jenis bahan makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran sebelum dimasak. Disebabkan selalu digunakan, pisau mudah tumbul. Untuk mengelakkan pisau dari mudah tumpul dan menjejaskan mood memasak korang, ini lima tip macam mana menjaga dan menajamkan pisau umpama pisau yang digunakan oleh chef-chef profesinal.

ASAH PISAU SECARA BERKALA

Jika pisau tumpul ia perlu diasah, alat untuk mengasah ada pelbagai jenis.  Batu pengasah paling kerap digunakan untuk mengasah pisau, cara menggunakan sangat mudah. Korang hanya perlu asah salat satu sisi mata pisau yang tumpul. Asah dari  pangkal permukaan batu pengasah hingga ke hujung dengan gerakan satu arah. Kemudian tukar pada satu lagi sisi mata pisau.  Untuk memasatikan pisau sentiasa tajam, asah pisau sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Ini 5 Tip Pisau Tajam Setanding Chef Profesional.

Ads

ASAH PISAU SEBELUM DIGUNAKAN

Untuk pisau lebih tajam dan memudahkan kerja memotong tekstur yang lebih kera, korang perlu mengasah pisau terlebih dahulu menggunakan honing rod (batang logam pendek yang biasanya disediakan sekali dengan set pisau korang beli).  Jika belum mahir menggunakannya, korang disarankan condongkan honing rod  dengan hujungnya mencecah chopping board atau papan pemotong dengan sebelah tangan memegang pemegang honing rod dengan kemas. Kemudian korang hanya perlu gesekkan dari pangkal hingga hujung mata pisau di atas honing rod. Lakukan di kedua-dua sisi mata pisau.

Ini 5 Tip Pisau Tajam Setanding Chef Profesional.

GUNAKAN PAPAN PEMOTONG BESAR

Papan pemotong sangat penting berguna sebagai alas untuk melancarkan proses memotong, menghiris dan mencincang menggunakan pisau tajam. Elakkan memotong tanpa  dialas dengan papan pemotong. Paling baik gunakan papan pemotong diperbuat dari kayu atau plastik lebih mudah, malah makan yang dipotong juga terjamin kebersihannya. Tapi sebaiknya jangan campurkan papan pemotong sayur dan daging, kerana bakteria dan kotoran pada daging akan, jika tidak ada, pilihan terbaik potong sayur dahulu baru daging atau ayam.

Ini 5 Tip Pisau Tajam Setanding Chef Profesional.

CUCI DENGAN TANGAN

Ads

Elak mencuci pisau menggunakan mesin pencuci pinggang mangkuk kerana tekanan air, panas dan sabun pencuci boleh menyebabkan mata pisau menjadi cepat tumpul. Cara terbaik, cuci pisau secara biasa selepas digunakan, selain bersih sempurna, ketajaman pisau juga terjamin. Jangan lupa keringkan pisau sebelum disimpan.

Ini 5 Tip Pisau Tajam Setanding Chef Profesional.

SIMPAN DI TEMPAH KHAS

Ads

Kebiasaannya pisau disimpan di tempat yang sama dengan peralatan masak yang lain seperti senduk, spatula dan sudu dengan alasan mudah dicapai. Sebenarnya cara ini salah. Sebaliknya pisau disimpan di tempat khas yang diperbuat dari kayu, jika tidak ada boleh sediakan tempat khusus yang bertutup dan sipan di tempat kering dan jauh dari jangkau anak-anak.

Emm.. bila baca ni ternyata, pisau juga perlu penjagaan rapi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI