Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas hanya untuk menggoreng sahaja.
Menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng telur ia membantu telur yang digoreng lebih sihat dan bersih. Namun anda boleh sahaja gunakan mentega atau minyak biasa untuk rasa yang lebih ranggup di bahagian tepi dan kuning yang seperuh masak.
Bila menggunakan minyak zaitun, anda perlu masukkan dua sudu minyak zaitun, kemudian pecahkan telur di dalamnya dan hidupkan api dan gunakan api sederhana sahaja. Jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi dalam minyak zaitun dan telur akan hilang.
Setelah hidupkan api, tutup telur. Biarkan beberapa minit, ia bertujuan supaya kuining telur boleh masak tanpa perlu dibalikan untuk mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terserah pada cita rasa.
Jika anda menggunakan kuali dan minyak biasa. Anda perlu lebihkan sedikit minyak masak dalam kuali. Kemudian panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur, sebaliknya terus angkat dan hidangkan.