Menu nusantara sememangnya sinonim dengan selera masyarakat Malayasia terutamanya masakan dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Apa kata anda  cuba pula  salah satu atau semua resipi yang dikongsikan oleh Chef Azian  dari Subang Jaya, Selangor ini. Beliau telah pun mempunyai beberapa koleksi buku masaknya sendiri.

BAMIA

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm tulang daging
  • 200gm daging | potong  dadu
  • 250 gram kacang bendi | buang hujung dan pangkal
  • 3 biji tomato | belah empat
  • 2 biji ubi kentang | belah empat
  • 1 biji karot | potong bulat
  • 100 gram kobis | potong memanjang
  • 1 tin puri tomato | saiz besar
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
  • 250gm santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang merah besar |hiris halus
  • 1.5cm halia | hiris halus
  • 2 ulas bawang putih | hiris halus

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 1.5cm halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 10 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan kemudian masukkan minyak sapi.
  2. Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi
  3. Masukkan serbuk kari dan masak sehingga kari pecah minyak
  4. Masukkan bahan-bahan kisar, daging, tulang daging,ubi kentang dan sedikit air.
  5. Masak sehingga daging betul-betul empuk dan ubi kentang lembut.
  6. Masukkan puri tomato, kacang bendi, santan,gula dan garam
  7. Masukkan kubis dan tomato. Biarkan seketika sehinggga kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan bersama roti dan salad.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

SEMUR DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm  daging batang pinang | hiris nipis
  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Perap bahan kisar dengan daging selama sejam.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dan goreng daging sehingga airnya betul-betul keluar.
  4. Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
  5. Masukkan kicap manis, kicap pekat, gula dan garam. Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan sedikit air.
  7. Kuantiti air bergantung kepada kelikatan kuah yang anda suka.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

IKLAN

PECAL LELE BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan keli | bersihkan dan kelar-kelar
  • 500ml liter santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh  serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 4 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah
  • 4biji isi cekur

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit dan bakar. Ketepikan.
  2. Sementara itu, campurkan bahan-bahan kisar bersama santan dan masak sehingga mendidih dan pekat.
  3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah cukup masak, tuangkan kuah ke atas ikan bakar tadi.
  5. Pecal Lele sedia dihidangkan.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

PEPES UDANG BERSAMA TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu putih
  • 100gm udang  | potong kecil
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula
  • Daun pisang secukupnya

BAHANKISAR:

IKLAN
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 5 biji belimbing buluh
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan tauhu putih.
  2. Masukkan udang , bahan-bahan tumbuk bersama telur, garam, kunyit dan gula.
  3. Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan 3 sudu makan ke dalam daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Pepes sedia dihidangkan.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

IKAN BAWAL MASAK KUAL PECAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal | bersihkan
  • 4 helai daun limau purut | hiris
  • 4 daun salam | hiris
  • 1 biji buah tomato | potong 6
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu air asam jawa
  • Garam dan gula sedukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
  3. Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan tadi.
  4. Tumis bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun selasih.
  5. Masak sehingga garing dan kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  6. Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
  7. Tambah sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
  8. Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi.
  9. Ikan sedia dihidangkan.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

IKLAN

RENDANG JINTAN HATI

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram hati lembu | cuci bersih dan hiris nipis
  • 40 liter santan pekat
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan kerisik
  • 5 tangkai kacang panjang | potong serong
  • 2 biji cili merah | hiris halus
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Gaul sebati hati bersama bahan-bahan kisar dan rempah. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan masukkan jintan putih dan biji sawi.
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang diperap bersama santan dan masak sehingga hati empuk.
  4. Masukkan kacang panjang. Gaul sebati, masukkan kerisik, cili merah
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

Ini 6 Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Idea  Bagus Ubah Selera Hujung Minggu.

OPOR AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil
  • 250gm santan pekat
  • 5 helai daun limau purut |hiris halus
  • 3 helai daun bay
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm halia
  • 3 biji bawang merah sederhana besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 3cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.
  4. Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
  5. Masukkan daun limau purut, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan Opor Ayam sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI