Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Ads
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Lobak Merah
Ads
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Ads
Kacang Buncis
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang pernah makan makanan Barat atau Cina yang menggunakan sos lada hitam yang sangat sedap sebagai pelengkap rasa pada makanan seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yang hangat, manis, masam dan kaya aroma herba yangmenyempurnakan makanan yang dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal untuk menikmati sos lada hitam yang sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:
Tumis Bawang Holland dengan Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yang telah dicincang halus dengan mentega (lebih kurang satu sudu makan), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pada sos. Jika tidak ada bawang Holland boleh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.
Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sebagai Penambah Aroma & Rasa.
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, untuk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis hingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, boleh saja keluarkannya selepas ditumis.
Tambahkan Sos Tiram, Gula dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu makan sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Untuk stok, korang boleh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dengan apa makanan yang akan dicampurkan dengan sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya untuk ayam.
Gunakan Lada Hitam Biji Yang Di Tumbuk Kasar:
Rahsia penting bagi mendapatkan sos lada hitam yang sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar untuk mendapatkan aroma dan rasanya yang lebih kuat. Jika tidak ada boleh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yang kurang sedikit. Untuk sos ini anda boleh masukkan satu sudu makan lada hitam yang telah dikisar kasar.
Pekatkan Sos Dengan Tepung Jagung
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dalam tumisan sos, kacau rata hingga pekat, boleh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
Lepas ni bolehlah berbbq dan mengrill di rumah tak perlu membazir duit makan di luar.
Masakan yang menggunakan cili kering yang dikisar sendiri lebih sedap berbanding cili boh yang dibeli. Tetapi ada kalanya cili kisar homemade ni cepat berkulat walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Jika masalah ini selalu terjadi pada anda, petua di bawah ini boleh dicuba.
CARA-CARA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT
Rebus cili kering daqn buang bijinya.
Setelah lembut, toskan air.
Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit minyak masak. Kisar hingga lumat.
Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Panaskan dan tabur sedikit garam. Gaul rata hingga lebihan air cili kisar tadi kering.
Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup yang bersih. Simpan di dalam peti sejuk.
Hasilnya, cili kering homemade anda akan tahan lebih lama.
Masalah kesuburan sememangnya sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat penyambung warisan. Faktor pemakanan yang seimbang dikatakan boleh memperbaiki tahap kesuburan lelaki mahupun wanita. Amalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan tahap kesihatan yang baik untuk meningkatkan kesuburan anda!
1. BAYAM BERKRIM
Bahan-bahan:
150gm bayam
100ml krim masakan
2 ulas bawang putih|dicincang
1 sudu teh herba Italian kering
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
Bayam dibersihkan dan dicelur sebentar. Toskan.
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Tuang krim masakan, tambah herba Italiankering dan didihkan sebentar.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan bayam yang telah dicelur dan gaul sebati. Hidangkan segera.
Tip Masakan: Pastikan bayam tidak dicelur terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya.
Info Kesuburan: Bayam mengandungi vitamin E yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.
2. ASPARAGUS BALUT TELUR
Bahan-bahan:
10-12 batang asparagus
2 biji telur
2 sudu makan krim masakan
1 sudu teh mentega
Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa.
Cara-cara:
Asparagus dicelur dan toskan.
Telur di goreng dadar nipis dan potong seinci memanjang.
Di dalam kuali, cairkan mentega, tuang krim masakan dan didihkan.
Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Ambil sekeping potong telur dadar. Susun separuh asparagus celur dan gulung rapi. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
Letak asparagus di dalam pinggan menghidang dan tuang sos krim keatasnya.
Tip Masakan: Telur ayam kampung boleh juga digunakan di dalam hidangan ini.
Tip Kesuburan:Asparagus kaya dengan vitamin E yang dipercayai baik untuk merangsang hormon testeron lelaki.
3. TAUGEH KASAR GORENG IKAN MASIN
Bahan-bahan:
200gram taugeh kasar – bersihkan ekornya
1 keping kecil ikan masin talang – hiris nipis
2 biji cili merah – hiris
3 ulas bawang putih – cincang
Garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga agak garing. Ketepikan.
Tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
Masukkan taugeh kasar dan ikan masin. Kaup- balikkan rata.
Tambah sedikit air (jika perlu). Tambahkan garam (jika perlu) dan lada sulah secukup rasa.
Tip Masakan: Bersihkan ekor taugeh sebelum dimasak.
Tip kesuburan:Kandungan gizi yang terdapat dalam tauge diantaranya adalah vitamin E atau tocopherol yang dikenal sebagai vitamin yang sangat bermanfaat untuk kesehatan kulit, anti oksidan untuk kekebalan tubuh, mencegah kelainan menstruasi, dan meningkatkan kesuburan sel telur pada perempuan.
4. TAUHU TELUR SOS TIRAM
Bahan-bahan:
4-5 biji tauhu telur/Jepun
4 ulas bawang putih |cincang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu makan air |bancuh
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit air
Cara-cara:
Tauhu dipotong dan goreng hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan sedikit air (lebih kurang dua hingag tiga sudu makan). Didihkan.
Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram ke dalam pinggan bersisi tauhu goreng.
Tip Masakan: Pastikan tauhu tidak digoreng terlalu lama untuk mengelakkan ia hangit.
Tip kesuburan: Tauhu kaya dengan zat besi dan kalsium yang baik untuk proses kehamilan
5. KERABU JAMBU BATU KACANG GAJUS
Bahan-bahan:
2 biji jambu batu tanpa biji |buang kulit dan hiris nipis
30gm kacang gajus panggang
1 biji cili merah|hiris
5 biji cili padi |hiris
1 labu bawang besar|mayang halus
1 batang serai|mayang halus
1 sudu makan perahan jus limau/lemon
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
Satukan semua bahan mentah di dalam mangkuk.
Tambah perahan jus limau/lemon.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tambah sedikit gula dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
Tip Masakan: Rendam jambu batu di dalam air bersama garam untuk mengelakkan ia menjadi lebam.
Tip Kesuburan:Jambu kaya dengan asid folik untuk kesuburan wanita.
6. SALMON PANGGANG SOS PUTIH
Bahan-bahan;
1-2 keping ikan salmon
4 sudu makan krim masakan
3 ulas bawnag putih – cincang halus
1 sudu teh thyme kering
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada salmon. Panggang di dalam kuali hingga masak.
Sementara itu, panasakan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan krim masakan, thyme dan lada hitam. Didihkan sebentar.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang sos putih ke atas salmon panggang dan hidangkan.
Tip masakan: Gunakan herba kering untuk menambahkan keenakan hidangan.
Tip kesuburan:Salmon membantu mengawal hormon dalam tubuh dan meningkatkan sirkulasi darah ke organ reproduksi dan meningkatkan peluang hamil. Salmon juga dipercayai dapat membantu dalam mencegah kerosakan kromosom, yang mana boleh menyebabkan cacat lahir dan keguguran.
7. DAGING REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan:
300gram daging lembu segar muda
1 cawan air perahan asam jawa
1 labu bawang besar |dadu
1 biji tomato |dadu
2 biji cili merah |hiris/cincang
5 biji cili padi |tumbuk kasar
½ inci belacan bakar
1 sudu makan kerisek
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
Daging direbus dengan sedikit garam hingga empuk – Hiris nipis
Untuk membuat air asam, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Hidangkan daging rebus bersama air asam.
Tip Masakan: Gunakan daging batang pinang untuk rebusan yang lebih empuk.
Tip kesuburan: Daging merah mengandung banyak protein, juga termasuk makanan kaya zat besi.
8. HATI LEMBU GORENG BERLADA
Bahan-bahan:
300gm hati lembu|hiris nipis
3 sudu makan cili kisar
6 ulas bawang merah|kisar
4 ulas bawang putih|kisar
1 batang serai |ketuk
1 sudu teh air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
Hati lembu ditabur sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan kisar bersama cili kisar dan serai hingga wangi dan masak.
Tuang air asam jawa, masukkan hati lembu goreng dan kacau beberapa minit.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tip Masakan:Hiris nipis hati lembu agar senang dimasak.
Tip kesuburan:Zat besi sememangnya amat perlu untuk peningkatan kesuburan dan kesihatan.
Kredit resipi: SUWARSI M ARUKIN dari SUE’S WHITE KITCHEN
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!