Masakan barat sudah tidak asing di kalangan Malaysia, tetapi tahukan anda semua di sebalik keenakan masakan ini ada ramuan herbs yang menjadi penyedap masakan ini. Mungkin juga sebahagiannya pernah anda gunakan dalam masakan sehari-hari. Nak tahukah apa sahaja herbs yang biasa digunakan dalam masakan barat? Ini jawapannya:-
Parsley
Daun parsley adalah salah satau herbs yang menjadi rempah khas masakan barat, Ia mempunyai aroma yang sederhana, tidak begitu kuat seperti daun pudina. Selain digunakan sebagai garnish, parsley banyak digunakan sebagai campuran dalam salad masakan barat yang lain.
Ads
Basil
Daun Basil hampir sama dengan daun kemangi, aroma dan rasanya sangat segar. Mudah diperolehi secara segar atau kering di kebanyakan pasaraya. Biasanya daun ini dijadikan tambahan dalam masakan seperti pasta, sup, salad, ikan, ayam dan banyak lagi.
Pudina
Daun pudina, tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia, aroma wangi dan segar. Rasa sejuk segara dari daun pudina terhasil dari kandungan mentol. Sebab itu ia sering digunakan sebagai garnish untuk sajian masakan manis atau boleh juga ditambah sebagai perasa dalam minuman.
Tarragon
Macam pelik dan tak pernah dengarkan? Bentuk daun tarragon ini panjang-panjang, hampir sama seperti kangkung. Berbau tajam atau keras. Ia dikatakan boleh membangkitkan rasa untuk semua jenis masakan, sangat baik untuk berasaskan seafood. Daun tarragon yang dicincang juga sedap digaulkan bersama manyones untuk memberikan rasa lebih sedap.
Rosemary
Ads
Aroma rosemary sangat tersendiri, sehingga dengan menggunakan sedikit saja bau makanan seperti kambing atau hanyir ikan akan berkurang. Rosemary bisa digunakan dalam bentuk serbuk atau segar. Selain untuk kambing dan ikan, rosemary juga bisa untuk hidangan daging, ayam, dan makanan yang masak secara di BBQ.
Oregano
Anda pengemar piza dan pasta,dah tentu-tentu biasa dengan oregano, ia seakan wajib sebagai ramuan topping pizza. Selain piza oregano banyak juga disajikan dalam maskaan Itali seperti salad steak, pasta dan sup. Ia mudah diperolehi di kebanyakan pasaraya dalam bentuk segar dan serbu kering.
Ads
Daun ini berbentuk panjang halus-halus. Baunya dipercayai boleh menghilangkan bau hanyir seafood. Ia juga banyak digunakan sebagai perasa dalam acar, salad mahupun sup. Aroma daun ini lebih kuat jika menggunakan yang segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari Yusmini Ramli, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Makan jagung rebus petang-petang, memang asyik sekali. Kena pula angin sepoi-sepoi bahasa. Ala-ala berpiknik gitu.
Tapi macam mana nak buat jagung yang direbus sedap seperti kita beli di gerai? Rupanya ada tips tertentu yang boleh dilakukan seperti yang dikongsi Nor Azlinda.
TIPS MEREBUS JAGUNG:
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak, baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung, tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan di luar. Ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah dikupas. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan mentega. Taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Musim durian ini mungkin ada yang membeli dalam jumlah yang banyak tapi tak mampu menghabiskannya ataupun memang ada dusun dan buah durian luruh banyak, boleh praktikkan cara simpan durian tahan lama yang dikongsi Nor Tipah Zakaria
Cara simpan durian ini membolehkan buah durian kekal elok hingga masuk musim durian yang baru. Jadi kita boleh menikmatinya pada bila-bila masa saja. Selain itu rasa dan aromanya juga tetap sama.
Cara simpan durian tahan lama
Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.
2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.
3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.
Cara ini lebih mudah untuk kita menikmatinya, ambil beberapa ulas yang mahu dimakan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.
Durian yang dibalut begini tidak akan buat peti ais berbau. Paling penting ia tahan lama, masih kekal elok walaupun setahun disimpan.