Ini 7 Herbs Yang Selalu Ada Dalam Masakan Barat.

Share

Masakan barat sudah tidak asing di kalangan Malaysia, tetapi tahukan anda semua di sebalik keenakan masakan ini ada ramuan herbs yang menjadi penyedap masakan ini. Mungkin juga sebahagiannya pernah anda gunakan dalam masakan sehari-hari.  Nak tahukah apa sahaja herbs yang biasa digunakan dalam masakan barat?  Ini jawapannya:-

Parsley

Daun parsley adalah salah satau herbs yang menjadi rempah khas masakan barat, Ia mempunyai aroma yang sederhana, tidak begitu kuat seperti daun pudina. Selain digunakan sebagai garnish, parsley banyak digunakan sebagai campuran dalam salad masakan barat yang lain.

Basil

Daun Basil hampir sama dengan daun kemangi, aroma dan rasanya sangat segar. Mudah diperolehi secara segar atau kering di kebanyakan pasaraya. Biasanya daun ini dijadikan tambahan dalam masakan seperti pasta, sup, salad, ikan, ayam dan banyak lagi.

Pudina

Daun pudina,  tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia, aroma wangi dan segar. Rasa sejuk segara dari daun pudina  terhasil dari kandungan mentol. Sebab itu ia sering digunakan sebagai garnish untuk sajian masakan manis atau boleh juga ditambah sebagai perasa dalam minuman.

Tarragon

Macam pelik dan tak pernah dengarkan? Bentuk daun tarragon ini panjang-panjang, hampir sama seperti kangkung. Berbau tajam atau keras. Ia dikatakan  boleh membangkitkan rasa untuk semua jenis masakan, sangat baik untuk berasaskan seafood.  Daun tarragon yang dicincang juga sedap digaulkan bersama manyones  untuk memberikan rasa lebih sedap.

Rosemary

Aroma rosemary sangat tersendiri, sehingga dengan menggunakan sedikit saja bau makanan seperti kambing atau hanyir ikan akan berkurang. Rosemary bisa digunakan dalam bentuk serbuk atau segar. Selain untuk kambing dan ikan, rosemary juga bisa untuk hidangan daging, ayam, dan makanan yang masak secara di BBQ.

Oregano

Anda pengemar piza dan pasta,dah tentu-tentu biasa dengan oregano, ia seakan wajib sebagai ramuan topping pizza. Selain piza oregano banyak juga disajikan dalam maskaan Itali seperti salad steak, pasta dan sup. Ia mudah diperolehi di kebanyakan pasaraya dalam bentuk segar dan serbu kering.

 

Daun ini berbentuk panjang halus-halus. Baunya dipercayai boleh menghilangkan bau hanyir seafood. Ia juga banyak digunakan sebagai perasa dalam acar, salad mahupun sup. Aroma daun ini lebih kuat  jika menggunakan yang segar.

 

 

Published by
Norasida Myasin