Anda belajar masak? Ini ada sembilan dedaun yang sering digunakan dalam kebanyakan masakan bagi tujuan memberikan aroma. Di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thai turut menggunakan dedaun ini sebagai sebahagian dari pelengkap rasa makanan yang dimasak. Nak tahu apa daun-daun tersebut, teruskan membaca info ini.
SERAI
Jangan keliru ye, serai sebenarnya termasuk dalam keluarga daun walaupun ia dikenali sebagai batang serai. Ia keras berwarna hijau terang dan mempunyai aroma segar. Untuk mendapatkan aromanya, serai perlu diketuk, dihiris atau dikisar bersama bahan tumisan lain. Serai digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu yang bertumis, rebus dan masakan berkuah.
DAUN BAWANG:
Daun bawang mempunyai aroma yang khas, bentuk fizikalnya panjang,berwarna hijau tua dan lembut teksturnya. Daun bawang banyak digunakan sebagai hiasan di atas dan di dalam makanan yang telah siap dimasak.
Ads
DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mempunyai aroma yang kuat, tekstur daunnya agak tebal dan berwarna hijau tua. Ia dicampurkan dalam masakan dengan cara dicarik atau dihiris atau dimasukkan terus ke dalam masakan seperti tomyam dan masakan tumisan yang lainnya.
DAUN SALAM
Daun salam mempunyai aroma tersendiri, secara luarannya daun ini mempunyai hujung yang rucing dan berwarna hijau tua. Semakin gelap warna daun, semakin kuat aromanya. Kini daun salam boleh anda perolehi secara segar atau kering . Daun ini dimasukkan dalam masakan dengan cara memasukkan terus, menghiris atau mengoyakkannya . Kebiasaanya ia dimasukkan ke dalam masakan yang berkuah dan bersantan.
DAUN PANDAN
Ramai mengenali daun ini, bentuk daunnya panjang dan bertulang tengah, nipis teksturnya dan memberikan aroma wangi yang khusus. Ia lebih banyak digunakan dalam pembuatan kuih muih berbanding masakan. Istimewanya daun pandan bukan hanya memberikan aroma, tetapi juga sebagai pewarna hijau semulajadi pada kuih muih. Daun pandan dimasukan dalam masakan dengan cara disimpul dikoyak atau dikisar jika ingin mendapatkan warnanya.
DAUN KEMANGI
Ads
Daun kemangi dikategorikan dalam sayur segar untuk tujuan ulam Kerap dimasukkan dalam pecal dan urap. Ia mempunyai tekstur yang halus, nipis dan lebar. Bau wangi yang kuat menjadikan daun kemangi kerap digunakan dalam makanan untuk tujuan menghilangkan bau hanyir dalam sup.
DAUN KARI
Mungkin ramai mengenali daun ini kerana ia kerap digunakan dalam masakan kari dan gulai. Warna daunnya hijau pekat dan bersaiz kecil. Jika ia dimasukkan dalam masakan seperti kari atau gulai aroma karinya menjadi lebih sedap.
Ads
DAUN KUNYIT
Aromanya tidak lari dari bau kunyit, bersaiz besar dan berwarna hijau muda, ia dimasukkan dalam masakan dengan cara dicarik dan disimpul atau dihiris halus, Tujuananya untuk membangkitkan aroma dan menghilangkan bau hanyir dalam masakan.
DAUN KETUMBAR
Daun ini mempunyai bentuk bergerigi bulat kecil dan berwarna hijau cerah, ia hampir sana dengan bentuk daun sup. Aromanya sedikit maung, tetapi apabila dimasukkan dalam masakan seperti sup, tomyam dan masakan berkuah, ia memberikan satu aroma yang cukup lazat. Cara dimasukkan dalam masakan ada dihiris atau dikoyak-koyakkan . Selain dicampur dalam masakan, daun ini juga kerap digunakan sebagai hiasan atas makanan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selalu terjadi santan yang kita simpan dalam peti sejuk akan jadi berketul-ketul bila hendak digunakan. Sudahnya bila hendak gunakan untuk membuat gulai hasilnya jadi tak cantik.
Jika berdepan dengan masalah ini boleh gunakan tip berikut untuk memastikan santan berketul ini jadi elok semula. Caranya cukup mudah hanya letak daun pisang saja
1. Panaskan santan dalam periuk tapi pastikan guna api perlahan saja.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau.
3. Kemudian masukkan daun pisang yang dipotong di dalam santan tadi.
4. Teruskan mengacau santan dalam pada yang sama santan yang berketul atau pecah tadi akan lerai dan elok semula.
Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.