Pernah tak tiba-tiba lauk kari anda terasa masin. Ini mesti gara-gara terlebih garam. Tapi jangan panik, kari itu masih boleh diselamatkan lagi. Bagi mereka yang baru belajar memasak, garam seeloknya ditaburkan dengan cubitan jari untuk mengelakkan terlebih rasa. Jangan membazir, kalau ikut petua yang mudah ini pasti kari anda kembali lazat. Ia mampu menyerap rasa masin yang berlebihan itu. Selamat mencuba!
1. MASUKKAN HIRISAN KENTANG MENTAH
Hiriskan beberapa kentang mentah dan masukkan ke dalam kari anda. Hirisan kentang itu akan menyerap dan boleh mengurangkan rasa masin daripada garam yang berlebihan itu. Biarkan kentang dalam 20 minit dalam kari. Oh, jangan lupa pula membasuh dan mengupas kentang itu terlebih dahulu.
2. BUAT DOH TEPUNG
Ads
Buat bebola doh tepung dalam 2- 3 biji bergantung banyak mana kuah kari anda dan masukkan ke dalam kari. Ia boleh menyerap garam berlebihan itu. Hah, jangan lupa keluarkan bebola itu sebelum kari dihidangkan.
3. TAMBAHKAN KRIM SEGAR
Tambahkan krim segar untuk meneutralkan kesan garam. Ia akan menyebabkan kari lebih berkrim dan mengurangkan rasa garam yang berlebihan itu.
4. KENTANG REBUS
Anda boleh juga menambahkan kentang rebus di dalam kuah kari dan biarkan ia di dalam kuah kari itu. Ia juga boleh mengurangkan rasa masin.
5. GUNA DADIH
Tambahkan satu sudu makan dadih di dalam kari dan masakkan sekali dalam kari itu. Ia memberikan rasa yang ringan dan enak serta mengurangkan rasa masin.
Ads
6. SUSU SEIMBANGKAN RASA
Menambahkan susu juga mampu memberi kesan yang sama kerana ia juga berupaya mengurangkan jumlah garam yang dimasukkan kerana ia boleh meneutralkan kemasihan dan mengimbangkan rasa keseluruhan kari.
7. HIRISAN BAWANG BESAR
Anda boleh menambahkan bawang besar mentah atau pun yang telah digoreng. Kiranya anda mahu menambahkan bawang mentah, belah dua bawang itu. Masukkan ke dalam kari dan anda boleh mengeluarkannya selepas beberapa minit, ia juga satu bahan yang boleh menyerap lebihan garam. Anda juga boleh menambah bawang besar yang digoreng yang boleh menambah perisa dan biarkan sahaja ia di dalam kari.
Ads
8. CUKA DAN GULA
Tambahkan satu sudu makan cuka bersama satu sudu makan gula, untuk menyeimbangkan rasanya. Rasa cuka yang masam dan gula yang manis, kedua dua bahan perasa itu akan membuarkan rasa kari lebih seimbang.
Jadi sekiranya anda terlebih tabur garam di dalam hidangan , jangan rasa kecewa, ingat petua genius ini sebelum anda ingin memasak semula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mimin ialah gelaran kepada Admin di facebook group RASA Share Resipi. Mimin minta tip untuk lembutkan daging. Tak sangka macam-macam idea dan cara lembutkan daging Mimin dapat. Moga boleh juga dimanfaatkan pada orang ramai.
Kalau anda juga ada petua yang anda amalkan untuk lembutkan daging, boleh tinggalkan komen anda di link ini.
Tidak ramai yang mempunyai periuk pengukus di rumah. Tekak pula tiba-tiba teringin makan durian bersama pulut. Jika anda tiada periuk pengukus di rumah, ikut sahaja cara Siti Asrien Mohd Hassan ini. Beliau hanya masak pulut menggunakan rice cooker tetapi hasilnya memang cantik. Katanya sudah lebih setahun beliau menggunakan cara ini dan ia merupakan hasil perkongsian daripada seorang rakan.
TIP TANAK PULUT MENGGUNAKAN PERIUK NASI
1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk mendapatkan efek yang berkilat. Basuh dalam tiga hingga empat kali.
2. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari (jari di atas beras).
3. Lapik tutup periuk menggunakan kain atau tuala kecil dengan kedap. Jangan longgar supaya wap panas tidak keluar.
4. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak.
5. Selepas WARM, jangan terus buka penutup. Biar dalam 5 hingga 10 minit, baru buka penutup. Bagi pulut masak dengan wap panas.
Ini hasilnya:
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Bila nak masak, Bulan puasa ni memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi mak-mak yang berkerja. Mana taknya, sampai sahaja di rumah, kalut nak masak juadah berbuka untuk keluarga. Lebih parah lagi jika lauk yang nak dimasak tu, lupa nak dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduhai…memang bertambah huru-hara.
Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan boleh dimasak. Cara-caranya ialah:
CARA CEPAT LEMBUTKAN LAUK BEKU
1. GUNA MICROWAVE
Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.
2. GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
3. GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
4. GUNA AIR PANAS
Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.
Kita selalu buat sandwic untuk bekalan, tapi biasanya yang ringkas. Letak tuna, sardin atau telur kemudian tambah sayur. Itu saja.
Tapi sekali sekala buatlah sandwic yang bertingkat begini. Tebal, penuh inti dan memang mengenyangkan.