Ini Cara Asah Pisau Yang Betul Supaya Tajam & Mudahkan Kerja Memotong.

Share

Bila semangat memasak berkobar-kobar tiba-tiba pisau nak guna potong sayur tumpul hingga sayur yang dipotong berserabut, memang potong mood memasak.  Nak kata tak asah pisau dah asah banyak kali tapi hasilnya tak tajam mana. Mula macam ok sikit tapi sekejap je, pisau kembali tumpul,  Kadang-kadang nak kelar ikan pun tak boleh. Aduhiii…

Harap lepas baca tip ini, korang pasti perasan bahawa mengasah pisau pun ada caranya, bukan sekadar menggosok dan menggesek pisau pada batu pengasah ye,

Basahkan Batu Pengasah Dengan Air

Sebelum digunakan batu pengasah sebaiknya dibasahkan dengan air, ia adalah kerana permukaan batu pengasah yang basah akan memudahkan kerja mengasah atau menggesek pisau pada batu pengasah. Untuk mendapatkan kelembapan yang baik, rendam batu pengasah dalam air sebelum digunakan untuk menggasah pisau.

Asah Pisau Dengan  Kecondongan 10-20 Darjah

Kalau korang perasan mata pisau ada yang tidak rata, sebab itulah bila diasah pisau masih tak tajam. Untuk mendapatkan ketajaman  Condongkan sedikit pisau sekurang-kurangnya 10-20 darjah untuk menyamai bahagian yang tidak rata tersebut, kerana bahagian tidak rata itu yang tidak tajam.

 

Asah Pisau  Secara Searah

Untuk memastikan pisau  tajam, asah pisau dengan arah berlawanan dari arah memotong.. Biasanya, bila memotong, pisau dihalakan ke arah hadapan atau atas. Maka semasa mengasah pisah ditarik ke arah bawah atau ke belakang dan fokus kepada satu sisi sahaja dahulu sebebulum ke satu sisi lagi dengan sedikit tekanan supaya mata pisau dapat diasah dengan baik.

Cukup 5-7 Kali Asah

Sebenarnya mata pisau hanya perlu diasah lebih kurang 5-7 kali saja. Jumlah ini sudah cukup untuk menajamkan mata pisau. Atau bila ada kesan asahan pada pisau, itu tanda pisau sudah tajam dan boleh digunakan.

Cuci Pisau Selepas Diasah

Mata pisau yang sudah diasak perlu dibersihkan sebelum sedia digunakan  untuk memotong dan menghiris, kesan asahan dan sisa asahan batu pengasah boleh mengundang bakteria dan mencemarkan makanan. Oleh itu selepas diasah, bersih dan keringkan pisau sebelum digunakan.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin