Kacang Botak antara snek kudapan di hari raya yang paling disukai ramai. Mana tidaknya, sebalang demi sebalang terpaksa ‘di top up’ disebabkan ramai tetamu sukakan kerangupan Kacang Botak. Nak tahu bagaimana cara untuk membuat Kacang Botak yang rangup? Nah cuba resipi Kacang Botak yang dikongsikan oleh Are Peace.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
400g kacang tanah
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama. Selepas basuh etrus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (boleh keringkan dalam oven sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak. Siap.
Sumber kredit: Are Peace
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official