Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye.  Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.

Ini Cara Bersih & Masak Udang Setanding Restoran Ternama.

CARA MEMBERSIH UDANG:

Ads
  • Cuci udang di bawah air mengalir
  • Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
  • Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
  • Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
  • Jangan lupa membersihkan  kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
  • Jika tidak terus dimasak,  simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan  kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari  frozenkannya lebih dari sekali.

Ini Cara Bersih & Masak Udang Setanding Restoran Ternama.

CARA MEMASAK UDANG:

  • Masak dengan api besar.  Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar  dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
  • Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan  dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
  • Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.

Ini Cara Bersih & Masak Udang Setanding Restoran Ternama.

 UDANG GORENG MENTEGA TELUR

 BAHAN UNTUK UDANG GORENG:

Ads
  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
  • 8 biji cili padi | dihiris
  • 1/2 cawan susu seger
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun kari | lurut daun dari tangkai
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN UNTUK SARANG TELUR:

  • 2 biji telur kuning
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
  5. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  8. Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
  9. Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tumis daun kari hingga wangi.
  10. Kemudian tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
  11. Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
  12. Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
  13. Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
  14. Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.

Semoga dengan tip ini korang boleh menyediakan menu udang setanding dengan restoran ataupun hotel ternama.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI