Ini Cara Betul Buat Tepung Pelita Asli Pahang

Share

Tepung pelita antara menu yang popular waktu bulan puasa. Jika biasa anda lihat tepung pelita yang dijual ada warna hijau dan putih, namun untuk resipi tepung pelita asli Pahang ini hanyalah berwarna putih.

Menurut perkongsian daripada Nur Fadzillah Ibrahim, tepung pelita asli Pahang memang hanya berwarna putih sahaja dan tiada lapisan hijau yang biasa dijual di gerai.

 

CARA BUAT TEPUNG PELITA ORIGINAL PAHANG

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – beli online di sini
5 cawan santan (kalau guna santan kotak, 1 liter) – beli online di sini
3 cawan air suam
Sedikit garam
Kelongsong daun pisang (saya buat ukuran 8cmx10cm)
Gula

TONTON Let’s Cooking: Kuih Cara Daging Berempah 

TONTON 10 Menu Popular Yang Digemari Rakyat Malaysia

CARA-CARA:

1. Satukan santan dan air suam. Kacau-kacau sekejap.
2. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung beras. Kacau rata dan masukkan garam. Biarkan dalam 10 minit.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Untuk hasil yang terbaik, kena guna skill merasa dengan jari. Jika masih ada rasa macam pasir, tambahkan air suam sedikit demi sedikit sehingga hilang rasa pasir tu. Kalau rasa dia licin

, ia siap untuk dikukus.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Panaskan alat pengukus. Api jangan kuat ye. Nanti permukaan tepung pelita tak cantik.
5. Isi gula ke dalam kelongsong tepung pelita kemudian barulah isi adunan tadi dan kukus. Kukus dalam 10–15 minit.

*Tengok DI SINI untuk cara lipatan kelongsong.

Kredit resipi: Nur Fadzillah Ibrahim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff