Ikan masin memang sedap kalau dijadikan lauk. Tapi kalau terlalu masin pun bahaya jugak. Jadi, kenalah rendam dahulu supaya masinnya kurang. Tapi korang kena tahu, ada cara rendam yang betul. Bukan main rendam je tau. Jom ikut cara ini.

 

Rendam Dengan Air Biasa

IKLAN

Rendam ikan masin dengan air biasa selama 12 hingga 24 jam. Dengan cara ini, garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3 atau 4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini kerana mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya.

Rendam Dengan Air Garam

Rendam ikan masin dalam air garam  iaitu nisbah 2 liter air ditambah 1 sudu akan garam. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman.  Selepas direndam toskan.

Rendam Dengan Air Panas

Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan  sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.

Selamat mencuba!