Ini Cara Bezakan Daun Ketumbar, Sederi & Parsli.

Share

Pernahkah berlaku  apabila korang  minta tolong suami belikan daun sederi  tapi dibelinya daun ketumbar. Atau anda sendiri nak beli daun ketumbar terbeli daun parsli, ini biasa berlaku. Sebabnya ketiga-tiga jenis daun ini hampir sama, tetapi jika diteliti betul-betul perbezaannya ketara. Nak tahu apa perbezaannya, baca tip berikut:

BENTUK DAUN

Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun parsli, hampir sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan, kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil  dan aromanya lebih kuat berbanding daun seleri dan parsli.

 RASA

Soal rasa, daun sederi lebih lembut  baunyadan disukai ramai, tekstur batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan  daun sup tetapi lebih runcing. Sementara  daun ketumbar lebih kuat bau , hal ini menyebabkan ramai orang tidak menyukai baunya.

 KEGUNAAN DALAM MASAKAN

Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih  lembut baunya, sebab  itu ia lebih banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan. Malah ada juga yang  menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli lebih banyak  digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan makanan barat seperti pizza, spageti dan lasagna. Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik  dan kuat baunya ini banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.

Ok, mudah je kan untuk membezakan ketiga-tiga jenis daun ini, diharapkan dengan info berikut anda tidak keliru lagi  dalam membezakan tiga jenis daun, saderi, parsli dan ketumbar.

 

 

Published by
Norasida Myasin