Ini Cara Buat Bawang Putih Rangup

Share

Bawang putih sering jadi bahan utama dalam masakan. Tahukah anda bagaimana nak masak bawang putih yang rangup?  Tak semua orang dapat buat bawang putih ni dengan sedap. Kadang-kadang terhangus. Kadang-kadang masaknya tidak sekata. Ada yang terlebih masak, ada yang masih lemau. Moga perkongsian oleh Arina Yahaya‎ boleh kita sama-sama manfaat nanti.

Dah lebih 1000 pek terjual. Tip ini diguna pakai oleh nenek saya. Saya follow dan jadi sumber rezeki saya sekarang ni. Saya halalkan tip ini dikongsi agar kita semua mendapat kebaikan daripadanya.

1.Pilih bawang yang agak kering, agak kecil-kecil saiznya, elak guna bawang saiz besar, bawang saiz besar baru tuai dari ladang dan kandungan air sangat tinggi dan akan jejaskan kerangupan.
2. Teknik kawalan api dapur masa goreng kena pandai, jangan terlalu besar atau terlalu kecik
3. Guna kuali yang sepadan dengan jumlah gorengan bawang
4. Goreng menggunakan minyak yang baru. Baru la warna bawang putih kita akan cantik.
5. Pastikan api cukup panas sebelum kita masukkan bawang dan laras api kepada tahap sederhana semasa goreng.
6. Goreng sehingga kekuningan antara 10 minit hingga 13 minit.

Kredit : Arina Yahaya‎ & FB Koleksi Resipi Sedap

Anda yang nak membeli Elektric Grill secara online, lihat di SINI

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.

 

Published by
Putri