Ini Cara Buat Fillet Ikan, Senang Je .

Share

 Percaya atau tidak ramai orang sekarang tak reti nak siang ikan. Apa lagi nak buat fillet, memang hancurlah isi ikan dibuatnya.  Sedangkan nak buat fillet kalau kena caranya ia sangat senang.  Nak tau macam mana caranya, ikut panduan yang RASA kongsikan ini. Lepas ni bolehlah buat sendiri ye.

Pastikan Ikan Segar

Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur.  Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan  ikan yang tidak difillet.

Pilih Saiz Ikan Yang Sesuai

Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai.  Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.

 

Guna PisauTajam

Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.

 

Bahagian  Ikan  Boleh Difillet

Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan.  Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.

 

 

Published by
Norasida Myasin