Kek buah kukus merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini dan ia memang sedap.  Tak rugi kalau kita belajar untuk membuatnya kerana tak ramai yang pandai membuat kek ini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian Puan Hasniza Hassan ni. 

Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.

Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.

 

KEK BUAH KUKUS KLASIK

 

BAHAN A:

  • 600gm tepung gandum
  • 4 sudu teh Cream of Tartars
  • 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
  • 300gm Mixed Fruit
    (gaul semua dan ketepikan)

BAHAN B:

  • 450gm marjerin planta
  • 225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
  • 5 biji telur ayam gred B/A
  • 3 sudu teh esen vanila
    (pukul semua bahan sehingga ringan)

BAHAN C:

  • 225gm gula kasar

 

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.

 

2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.

 

3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.

 

IKLAN

4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.

 

5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.

 

6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.

 

7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.

 

8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.

IKLAN

9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.

10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.

 

11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.

 

12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.

 

13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.

 

14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.

IKLAN

 

15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.

 

16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.

 

17. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Sedapnya Kek Lumut Kukus Ini. Gebu & Lembut Tak Terkata!

Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik, Sedap & Membuka Selera. Makan Sejuk-Sejuk Lagi ‘Terangkat’!

Resipi Kek Coklat Moist Kukus Dengan Topping Melimpah Ruah. Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: