Anda teringin nak makan kuih lopes? Boleh cuba buat menggunakan rice cooker, tidak perlu lagi nak kukus. Senang dan cepat jika anda guna cara ini. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
CUCUR UDANG Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.
Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
Bebola Ikan.
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Sempena Hari Malaysia esok apakah tanda kita menghargai negara kita? Pastinya dengan hidangan menu istimewa yang berwajah Malaysia boleh kita hidangkan buat keluarga tercinta. Jom buat Red Velvet Ice Cream Float Versi Jalur Gemilang. Enaknya dimakan sejuk-sejuk. Rasanya sedap, creamy macam aiskrim betul. Bolehlah cuba buat ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.
RED VELVET ICE CREAM FLOAT Bahan-bahan:
300 gm biskut marie munchys -dipatahkan
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
pewarna merah, biru dan kuning
4 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh red velvet emulco
Cara membuat:
1.Pukul non dairy whipping cream hingga kental. Simpan dulu di dalam peti sejuk.
2.Blend biskut marie hingga halus.
3.Cairkan marjerin/butter dengan 2 sudu teh pewarna merah. Campurkan ke dalam biskut dengan red velvet emulco sekali. Blend semula hingga warna sebati dengan biskut.
4.Bahagikan fresh krim kepada 4 bahagian. Masing-masing dicampur dengan pewarna merah, biru dan kuning, satu bahagian dibiarkan putih/plain. Masukkan ke dalam piping bag.
5.Picit krim putih dulu ke dalam cup. Diikuti dengan biskut. Layerkan langkah yang sama hingga 3/4 penuh cup. Picit pula krim biru. Akhir sekali, picit krim kuning menjadi bentuk bulan dan bintang. Simpan di dalam peti sejuk.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...