Ini Cara Buat Pastri Puff Yang Rangup.

Share

Walauapun Pastri Puff segera mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenama, tetapi sesekali kalau anda ingin membuatnya sendiri. Ini RASA kongsikan cara membuat pastri yang berlapis-lapis nipis dan rangup, bagaikan terasa sedapnya.

Guna Bahan Segar & Berkualiti:
Untuk membuat pastri puff bahan yang digunakan adalah tepung gandum protein tinggi, pastry shortening atau mentega khusus untuk pastry, margerin, kuing telur, garam dan air sejuk. Pastikan semua bahan ini dalam keadaan segar terutamanya kuning telur supaya hasil pastri puff menjadi dengan cantik, rasa lebih sedap, rangup.

Cara Mencampur Bahan:
Perkara pertama perlu dilakukan adalah campurkan tepung gandum, garam, margerin, adaun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan air sedikit demi sedikit, adun bahan sehingga menjadi doh lembut. Jika menggunakan mixer, gunakan kelajuan perlahan (sekejap sahaja). Bungkus doh yang sudah siap dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekejap.

Hati-Hati Roll Adunan Pastri:

Salah satu tip mendapatkan pastri puff yang cantik dan sedap bergantung kepada cara anda roll atau canai pastri. Cara terbaik, canaikan pastri menggunakan rolling pin di permukaan yang rata dan tabur permukaan itu dengan tepung gandum supaya adunan tidak melekat. Kemudian letakkan mentega atau shortening khas untuk pastri. Kemudian lipat adunan tadi dan gilang semula adunan secara perlahan hingga mendapat ketebalan 1/2cm. Bagi mendapatkan beberapa lapisan pada pastri puff maka anda harus ulang proses yang sama beberapa kali dengan cara lipat sisi kanan dan kiri adunan pastri ke bahagian dalam tetapi jangan sampai ke dua bahagian ini bercantum. Kemudian lipat lagi hingga lipatan bercantum dan canai perlahan-lahan.

Simpan Adunan Pastri Dalam Peti Sejuk:
Jika pastri puff selesai dicanai, bungkus adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam (lebih elok simpan sehari). Tujuannya supaya mentega menjadi sebati dengan doh agar semasa dibakar ia dapat mengembang dengan baik di setiap lapisan dan hasilnya ia sungguh lemak, masin dan rangup sempurna seperti diharapkan.

Published by
Norasida Myasin