Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini.  Boleh cuba sebab mudah sangat.

Cara Masak Bubur Kacang Hijau Cepat Empuk.

Rendam Kacang Hijau

Ads

Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang  3-4 jam atau  supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.

 

Cara Masak Bubur Kacang Hijau Cepat Empuk.Masukkan Kacang Bila Air Mendidih

Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal  dalam rebusan kacang.

Api Sederhana

Ads

Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk  dan masak sempurna.

 Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk

Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang.  Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.

Ads

Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI