Ini Cara Frozenkan Ayam Supaya Kekal Segar.

Share

Ayam adalah satu-satunya masakan yang mudah dimasak dengan pelbagai menu dan sedap. Sebab itulah anak-anak sangat menggemari ayam dan ibu bapa  kerap membeli ayam dalam kuantiti  banyak dan simpan untuk stok dalam peti sejuk. Oleh itu anda perlu tahu  cara frozenkan ayam dengan betul, agar  isi ayam kekal segar dan segala kandungan zat di dalamnya tidak hilang  semasa disimpan dalam peti sejuk.

Ini petuanya ye…

  1. Selepas pulang dari pasar, segera bersihkan ayam dan simpan terus dalam peti sejuk. Jangan biarkan terdedah terlalu lama pada suhu bilik.
  2. Simpan ayam dalam bahagian yang sejuk beku atau yang paling sejuk.
  3. Jika anda tidak sempat mencuci ayam yang dibeli dan terus simpan dalam peti sejuk, pastikan ia tidak lebih dari dua hari.
  4. Ayam yang sudah dimasak boleh juga disimpan dalam peti sejuk tetapi tidak lebih dari dua hari juga.

Diharapkan tip ini memberi info yang betul tentang cara menyimpan ayam agar  dalam keadaan segar dan segala zat di dalamnya juga kekal.

Published by
Norasida Myasin