DAP_20120401_8_120TO121_3695914_xxl

Merealisasikan langkah untuk belajar berjimat, apa kata anda mulakan dahulu dengan komponen penjimatan dari ruang dapur. Ini lebih mudah untuk direalisasikan memandangkan anda hanya perlu sedikit perubahan cara penggunaan bahan api semasa memasak. Kebijaksanaan anda menggunakan sumber gas sewaktu penyediaan hidangan akan membantu kepada penjimatan kos perbelanjaan bahan api secara umumnya. Jom praktik langkah berikut,

  1. Memasak dengan menggunakan periuk seramik atau periuk kaca lebih jimat jika dibandingkan dengan memasak menggunakan periuk keluli tahan karat. Ini kerana material seramik dan kaca tidak memerlukan suhu kepanasan yang tinggi berbanding keluli tahan karat. Jadi waktu memasak dapat dijimatkan dan sumber penggunaan bahan api dapat dijimatkan untuk penyediaan hidangan.
  2. Pastikan sentiasa menutup tudung periuk semasa memasak untuk memastikan haba tidak dibebaskan begitu sahaja. Ini sekali gus dapat menjamin masa memasak lebih cepat dan pantas berbanding jika dibiarkan terbuka.
  3. Buat pilihan terbaik jika ingin memanaskan semula hidangan. Pilihlah menggunakan dapur gas berbanding menggunakan oven. Ini kerana kos elektrik lebih tinggi berbanding gas dan ini dapat membantu anda berjimat di dalam penggunaan bahan api.
  4. Padamkan dapur gas beberapa minit lebih awal daripada kebiasaan. Biarkan kepanasan yang sedia ada menyempurnakan masakan hidangan tersebut. Cara ini praktikal dan menjimatkan.
  5. Memasak gunakalah kuali non stick. Ini kerana ia tidak memerlukan minyak semasa memasak. Jadi boleh gunakan api besar untuk memanaskan dan kemudian memasak menggunakan api sederhana. Ini akan menjimatkan masa ketika proses memanaskan periuk atau kuali dan tidak perlu tungu sehingga minyak benar-benar panas untuk memasak.
  6. Menyediakan hidangan bubur memang memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Jadi untuk menjimatkan penggunaan gas, sebaiknya beras direndam 30 minit terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
  7. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga.
  8. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
  9. Hidupkan dapur gas hanya setelah anda menyediakan semua bahan memasak dan ditempatkan berdekatan. Ini menjadikan waktu memasak lebih pantas dan penjimatan gas dapat dilakukan.
  10. Merendam bahan masakan seperti kekacang sebelum dimasak akan menjimatkan bahan api. Umpamanya 250gm kacang kuda apabila direndam sepanjang malam akan mengguna 22% kurang bahan api jika dibandingkan dengan bahan api yang diguna untuk kuantiti yang sama bagi kacang kuda yang tidak direndam.
  11. Api yang menyentuh penjuru kuali merugikan bahan api kerana haba dilepaskan pada persekitaraan. Namun, jika anda menggunakan kuali yang lebar, anda dapat menjimatkan bahan api. Kajian menunjukkan untuk kebanyakkan dapur gas , diameter yang sesuai ialah 25cm. Jika anda menggunakan kuali yang sempit, kurangkan api.
  12. Adalah penting untuk memastikan dapur dan pembakar anda sentiasa bersih. Pembakar gas yang tersumbat akan meningkatkan penggunakan tenaga.Api yang berwarna biru bermaksud pembakaran yang cekap. Warna api yang kuning atau jingga bermaksud pembersihan perlu dilakukan.

Sumber gambar: 123 royalty free

Nak beli PENGUKUS? Klik SINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.

IKLAN

Resipi Apam Kampung Gula Merah Kurang Manis, Mudah & Sedap

IKLAN

Kek Span Pandan Santan Guna Sukatan Cawan. Baru Belajar Buat Pun Confirm Jadi.

IKLAN

Resipi Sepinggan Mi Kung Fu, Puas Makan Bila Masak Sendiri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI