Ini Cara Goreng Guna Minyak Sedikit, Makanan Tetap Rangup & Sedap.

Share

Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu  yang tidak elok.  Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan.  Berikut  beberapa rahsia korang boleh cuba untuk  kurangkan minyak dalam masakan.

Goreng Cara Tumis/Sautee:

Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.

Guna Kuali Non Stick:

Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?

Gunakan Oil Mister

Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.

Gunakan Air Fryer

Air fryer adalah alat menggoreng yang  menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.

Published by
Norasida Myasin