Ini Cara Hilangkan BauTanah Ikan Air Tawar Dengan Mudah.

Share

Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya.  Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan.  Tapi jangan risau ada  tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.

  • Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
  • Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
  • Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
  • Biarkan lebih kurang 30 minit
  • Bilas semula di bawah air mengalir

Cara Lain:

  • Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
  • Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.

 

Cara Memasak:

  • Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
  • Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.

Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin