Disebabkan rasanya pahit, ramai tak suka peria, walhal sayur ni kaya dengan khasiat kesihatannya. Antaranya mampu mengurangkan kolestrol, menstabilkan gula dalam darah dan banyak lagi. Sebenarnya jangan risau akan rasa pahit itu kerana ada cara untuk mengurangkan rasa tersebut sebelum sedia diolah dengan bermacam menu sangat sedap. Berikut tipnya:-

Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
.CARA PILIH PERIA
Semasa memilih peria ada beberapa perkara perlu diperhatikan, pertama pilih yang muda kerana semakin tua peria kian pahit. Peria muda boleh dikenali melalui warna kulitnya yang hijau tua, kalau semakin tua warnanya kian pudar dan menjadi hijau muda. Pastikan juga saiznya sederhana dan kecil sahaja.

Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
.

Ads

BUANG BIJI DAN BERSIHKAN DENGAN CARA YANG BETUL
Setelah dibersihkan luarannya, belah dua dan buang bijinya supaya rasa pahit boleh dikurangkan. Hiris kecil dan nipis juga membantu mengurangkan rasa pahit.

Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
.

GUNAKAN AIR GARAM DAN AIR MENDIDIH
Selepas dihiris, taburkan garam di atasnya, kemudian ramas-ramas hingga layu dan perah airnya keluar. Buang air tersebut, kemudian tuangkan air panas, gaulkannya sebelum dibilas hingga bersih . Lakukan langkah ini dua kali untuk hasil yang lebih berkesan.

Ads

Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
REBUS DENGAN DAUN JAMBU BATU
Cara ini sangat mudah, anda hanya perlu merebus hirisan peria bersama dengan 5-6 helai daun jambu batu. Tambahkan sedikit garam, rebus hingga layu. Angkat, cuci dengan air bersih dan tos.

Ads

Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
REBUS BERSAMA CUKA
Selain garam, boleh juga rebus dengan cuka makan. Caranya campurkan secawan cuka dengan dua sudu makan garam dan dua sudu makn gula pasir. Rebus sekejap sahaja lebih kurang dua minit. Cukup sekadar layu, angkat dan tos.
Ini Cara Hilangkan Pahit Peria Dengan Mudah.
MASAK DENGAN MENU YANG SESUAI DAN PEDAS
Rasa pahit yang telah dikurang dengan cara di atas akan semakin hilang jika peria tersebut dimasak dengan menu yang sesuai dan pedas.

Selamat mencuba dan lepas ni bolehlah makan peria. Banyak khasiatnya untuk kesihatan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI