Tengok cupcake yang cantik dengan hiasan buttercream berwarna warni, terus rasa tak sabar nak cuba. Namun jika anda ingin cuba membuatnya sendiri, jangan risau ini ada beberapa tip menbuat buttercream bukan hanya sedap, cantik bila dipaip pada cupcake dan tidak pecah atau cair bila kena panas
Pilih MentegaYang Betul:
Apa perlu anda tahu bahawa sebahagia buttercream adalah dari mentega. Oleh itu, pemilihan mentega sangat penting. Mentega yang berkualiti akan menghasilkan buttercream yang berkualiti. Namun anda boleh saja menggantikannya dengan shorterning
atau margerin, namun sudah tentu rasanya tidak sama. Terpulang pada anda. Apa yang penting pastikan mentega atau pengantinya berada pada suhu bilik semasa dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Mentega yang masih sejuk akan menyebabkan ia sukar disebatikan dengan bahan-bahan lain semasa diadun. Teksturnya juga mungkin jadi lebih kasar.Pilih Pemanis Yang Sesuai:
Kebanyakan buttercream menggunakan gula halus kerana ia mudah larut. Tapi ia akan lebih cepat kalau menggunakan sirup gula yang pekat. Tuangkannya sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa manis. Anda tidak perlu terikat dengan resipi, selain sirup dan gula anda juga boleh gantikan dengan susu pekat manis juga.
Putar Dengan Kelajuan Bertahap:
Berbeza dengan whipping cream, buttercream yang baik mempunyai tekstur padat. Oleh itu, jika anda menggunakan mixer
untuk mengadun bahan, sebaiknya mulakan dengan menggnakan putaran dnegan perlahan. Setelah campuran mentega dengan gula sebati, baru tingkatkan kelajuan sederhana, hingga tinggi.Terus putar hingga tekstur buttercream padat . Jika tekstur masih cair walau telah diputar lama dengan kelajuan tinggi, ia mungkin disebabkan terlebih cecair dalam adunan, seperti anda terlebih susu, sirup atau vanilla tanpa sengaja. Hal ini akan menyebabkan buttercream susah dibentuk, masalah ini boleh diatasi dengan memasukan ke dalam peti sejuk agar ia pejal sedikit, kemudian keluar dan putar lagi.Ternyata membuat buttercream tidaklah susah sangat seperti yang difikirkan. Jadi anda boleh mencuba, Yang penting bila buat sendiri anda boleh sesuaikan kemanisannya ikut cita rasa keluarga dan buttercream juga boleh dipelbagai kegunaannya. Ikut cita rasa.