Ini Cara Masak 4 Jenis Rendang Raya Yang Sungguh Sedap.

Share

Lain orang, lain cara mereka membuat rendang kerana masakan autentik ini dipengaruhi oleh budaya dan juga etnik kaum. Namun rasanya hampir sama kerana menggunakan hampir 80 peratus bahan yang sama. Sesuai dengan musim covid dan tak boleh balik kampung dan nak masak rendang sendiri, ini ada 4 jenis rendang yang sangat sedap. Anda boleh cuba satu atau dua jenis rendang ini dengan berpandukan resipi yang dikongsikan di bawah.

RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1liter santan pekat/ santan kotak yang besar
5 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | mayang halus
1 keping asam gelugor
1 keping kecil gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH SANGAI:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4cm halia
4cm lengkus
5 batang serai
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMBUAT:

  1. Gaulkan daging dengan rempah yang disangai dan kisar halus tadi. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Paling baik perap semalaman.
  2. Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, tambah sedikit air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. Tutup api dan ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata.
  6. Tambahkan santan, asam gelugor, kerisik dan gula melaka, sentiasa kacau dan masak dengan api sederhana. Bila pekat, kecilkan api terus kacau.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit, gaul rata.
  9. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong besar
3 biji bawang besar| kisar
3 senduk cili kisar
4 batang serai | titik
4cm halia | titik
1 keping asam gelugor
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMBUAT:
1. Hiris daging nipis dan lebar, kemudian tumbuk sekepin – sekeping.
2. Gaul daging yang telah ditumbuk dengan kicap dan perap sekurang-kurangnya sejam.
3. Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyak.
4. Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal secukupnya saja untuk menumis.
5. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan serai, halia dan asam gelugor serta air rebusan daging. Kacau rata dan reneh hingga kuah pekat.
7. Masukkan daging yang telah digoreng, kecilkan api dan kacau hingga garing.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

RENDANG AYAM PENCEN:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam pencen | potong sederhana besar
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyut | mayang halus
3 batang serai | titik
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:


8 ulas bawang mera
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
4 batang serai | hiris halus
BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan penumis, tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Tutup periuk dan masak hingga ayam empuk (sekali sekala kacau).
  4. Tuangkan santan ke dalamnya, kacau rata dan masukkan asam keping.
  5. Apabila kuah pekat masukkan kerisik, kecilkan api.
  6. Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
  7. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
  9. Rendang sedia dihidangkan.
RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
500gm isi kerang yang telah direbus dan dikopek
1 cawan pati santan
2 seduk cili kisar
1 seduk kerisik
2 sudu makan gula melaka yang dihiris halus
2 helai daun limau purut | mayang halus
1 helai daun kunyit | mayang halus
1 keping asam gelugor
Garam gula secukup rasa

4 sudu makan minyak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
2 cm halia
3 batang serai

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisara hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga pecah minyak dan bahan tumisan garing.
  3. Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata.
  4. Bila kuah agak kering masukkan kerang dan kerisik.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, masukkan hirisan daun limau purut dan kunyit.
  7. Kacau sekejap, tutup api.
  8. Rendang kerang sedia dihidangkan.
Published by
webadmin