Ini Cara Masak Salmon Yang Sungguh Senang.

Share

Ikan Salmon kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan. Kini semakin ramai orang menggemari  menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini. Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade, jangan risau berikut RASA kongsikan beberapa tip mudah membeli dan cara memasaknya sekali supaya segala kebaikan Omega-3 boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

 Pilih Salmon Segar

Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.

Tambah Rempah Ratus Sebagai Penambah Rasa.

Tidak kira kukus atau panggang, sebaiknya gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam dan rempah ratus atau sos sebelum dipanggang, digoreng atau dikukus. Isi salmon juga enak dihidangkan bersama pasta,campuran dalam salad atau dijadikan inti untuk sandwich.

Masak hanya 6-8 Minit.

Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, tujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah menggelegak.

Frozenkan Jika Belum Sedia Digunakan.

Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan di dalam freezer, kemudian letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesegaran ikan salmon.

 

Published by
Norasida Myasin