Sayur Lodeh Jawa, dari segi isian hampir sama dengan Lontong Kuning, Cuma ia tidak berkuah, hanya menggunakan pati santan dan lebih pedas, itu rasanya ia kau-kau sedap. Anda yang ingin mencuba, boleh cuba resipi yang RASA sharekan di sini. Tak rugi anda cuba menu ni.

SAYUR LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris tebal
2 biji kentang | hiris tebal
2 keping tauhu | hiris tebal
1/2 isi dada ayam | hiris kecil
3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
Sedikit suhun rendam
5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
4 batang anak jagung | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
Sedikit hirisan kubis
500ml santan pekat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.

IKLAN
IKLAN

INFO: Untuk sayur anda boleh pelbagaikan dan begitu juga dengan isian lain, Jika ikut resipi asal ia menggunakan hati, pedal dan juga perut lembu. Terpulang pada cita rasa.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI