Bukan semua orang mampu memiliki kediaman yang luas dan besar. Ramai yang cukup bertuah untuk memiliki sebuah apartmen sebagai kediaman peribadi. Jangan risau, bagi anda yang tinggal di sebuah rumah bersaiz kecil sebenarnya bukan menjadi penghalang untuk mendapatkan keselesaan dan sukar untuk menghias rumah. Asalkan kita bijak menghias dan menggunakan setiap ruangan yang ada di dalam rumah dengan sebaik mungkin. Tak terkecuali dekorasi dapur, kerana ruangan yang satu ini juga memiliki peranan yang sangat penting di dalam sebuah rumah. Segala aktiviti masak-memasak dilakukan di ruangan tersebut. Jadi keselesaan di dapur perlu diutamakan.
Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan ketika kita hendak menghias dapur seperti berikut:
1. Kedudukan perabot yang sesuai dan tepat
Pastikan anda meletakkan perabot-perabot dapur dengan tepat, bermula dengan set kabinet dapur, dan juga alat-alat dapur lainnya. Bukan hanya itu saja, barang-barang yang sudah tidak dipakai lagi jangan disimpan di dapur. Ini akan membuat ruangan terasa semakin sempit.
2. Memilih kabinet dapur yang sesuai dengan saiz ruangan
Terdapat pelbagai model yang ada di pasaran kini yang cantik dan menarik untuk anda pilih. Tapi, jangan terlalu teruja hingga mengabaikan niat anda untuk memiliki dapur yang selesa. Kena pasti ukuran dapur anda supaya anda dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya besar dan jenis kabinet ang anda hendak beli. Pastikan juga ada boleh menempatkan kesemua peralatan dapur seperti piring, pisau, gelas, dan peralatan masak lainnya di dalam kabinet itu supaya ia akan kelihatan kemas dan teratur.
3. Pemilihan Warna Dinding
Salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya ialah warna dapur tersebut. Harus diambil perhatian dalam pemilihan cat dinding dari dapur. Dan biasanya untuk dapur yang berukuran kecil, maka dinding harus berwarna yang cerah. Supaya memberikan kesan luas dalam ruangan tersebut.
4. Warna Lantai
Tak hanya cat dinding saja, namun pemilihan seramik untuk lantai juga harus yang bersesuaian. Untuk dapur yang berukuran kecil, maka pilih bercorak warna kayu.
5. Pencahayaan
Pastikan juga faktor pencahayaan diperhatikan di dalam sebuah dapur. Ini bertujuan supaya dapur tidak gelap yang akan memberikan kesan ruangan menjadi semakin sempit.
Dekorasi Ruang Makan Sempit
Peranan ruang makan tidak kurang pentingnya. Kebiasaannya, kedudukan ruangan ini bersebelahan dengan dapur. Ruang makan juga merupakan ruangan untuk seisi keluarga bermesra. Ketika menikmati hidangan, boleh juga berkongsi cerita dengan anak-anak.
Untuk membangkitkan keinginan dan selera untuk makan di ruang makan yang tersedia, anda perlu berusaha untuk membuatkan ruang makan tampil menarik dan selesa untuk menikmati makanan bersama keluarga.
Tidak perlu menghias dengan perabot yang mahal-mahal, dan menyempitkan lagi ruangan yang sedia terhad itu. Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah memilih perabot. Berapakah jumlah ahli keluarga anda? Sekiranya meja berkerusi empat tidak mampu menampung, mungkin anda boleh pertimbangkan meja pajang. Jika keluarga anda tidak ramai, boleh gunakan meja konsep bar. Ia menjimatkan ruang dan memiliki kesan yang unik.
Langkah kedua merupakan faktor pencahayaan. Ruang makan seharusnya memiliki cahaya yang lebih terang dan seeloknya, ruangan itu boleh ditembusi cahaya matahari pada sebelah siang. Pastikan anda membina tingkap secukupnya untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Cahaya matahari bermanfaat untuk membunuh kuman pada sesuatu ruangan tersebut.
Anda juga boleh menghiasi ruang makan dengan gambar-gambar dan hiasan dinding yang bersesuaian untuk menambah keceriaan ruangan.
Gambar hiasan: Google
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Dua Sambal Hit, Sambal Sotong Kembang VS Sambal Tumis Kerang.
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI