
Berita baik kepada anda yang menyukai menu berasaskan kacang hijau ? Ini ada tip agar kacang hijau yang direbus cepat empuk sebelum sedia dijadikan bubur kuih yang sedap untuk hidangan keluarga. Diharapkan dengan adanya tip ini masalah kacang yang direbus susah nak empuk tiada lagi ye.

Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Masukkan Kacang Apabila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Kacang hijau organik dan produk organik lain boleh didapati di Love Earth. Klik sini:
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.

Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat ‘smoothie’ 5 Bahan, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi Di Musim Raya Ni…

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan.Lagi pulak di musim raya, pasti banyak berjalan kan.

Tapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS

Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN

Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)

Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU

Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
- 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
- 2 cawan air
- 1 gelas jus oren
- 1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
Teknik Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap.

Ikan celup tepung memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!

BAHAN-BAHAN:
- Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
- 1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
- Serbuk kunyit
- Kapur makan
- Garam secukup rasa
- 2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
CARA-CARA:

1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
3. Tambahkan garam dengan secukup rasa.
4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.

Kredit resipi & foto: Nor Syahidah
Rimas Dapur Penuh Semut & Lalat. Sembur Dengan Spray Serbaguna Campuran Cuka Yang Selamat Untuk Keluarga Anda


Dapur adalah suatu bahagian penting dirumah untuk menyimpan makanan, menyediakan makanan dan memasak. Paling penting dapur wajib bersih kerana sering menjadi tumpuan serangga dan binatang lain mencari makanan. Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Yatie Eimra mengenai tip mudah untuk menghapuskan serangga kecil di dapur anda dengan cara selamat.
Ishhh!!! sakit hatinya semut ni asyik ada je..sedangkan dah lap bersih kesan tumpah tadi..kenapa ye???
FAKTA MENGENAI SEMUT YANG PATUT ANDA TAHU:
- Semut dapat kesan saki-baki bau gula/manisan walaupun kita rasa sudah lap sebersih-bersihnya
- Semut menghasilkan bahan kimia masa berjalan supaya boleh jumpa jalan balik ke sarang tanpa sesat.
- Kalau anda perasan, semut ini selalu ada scout/pengangkap yang akan meronda-ronda kawasan untuk mencari punca makanan baru. Kalau tidak kawal peringkat ni, laluan itu akan menjadi jalan baru untuk semut hurung makanan.
- Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau anda guna racun jenis serbuk (yang semut makan), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis tidak ada, muncul pula semut jenis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
- Ini info yang sangat penting. Kalau anda tidak kawal semut dekat rumah, populasi semut akan semakin banyak. Bila sudah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru. Selepas itu jenuh anda nak spray serata rumah.



SPRAY SERBAGUNA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- ¼ cawan cuka putih
- 1¼ cawan air paip
- 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
CARA MEMBUAT:
- Senang sahaja hanya campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
INFO:
- Sebenarnya bancuhan tidak ada sukatan yang tetap, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak dan kalau terlalu cair pula tidak akan berkesan. Kalau terlebih sabun akan menyebabkan licin sangat bila sudah kering.
- Buat 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
- Kalau gunakan sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

KEGUNAAN:
- Sebagai penghalau serangga, larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat & semut. Tetapi cuka itu menghilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
- Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis gunakan spray serbaguna ini selepas bersihkan kesan tumpah dengan air supaya tidakk melekit.
- Boleh juga dijadikan pencuci dapur selepas memasak. Jimat tidak perlu beli banyak jenis bahan pembersih.
- Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
- Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)
- Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Yatie Eimra

ANDA MUNGKIN MENYUKAI PETUA INI:
6 Cara Halau Lipas Tanpa Guna Racun. Lebih Selamat Dicuba Bagi Anda Yang Ada Anak Kecil.
Cara Atasi Masalah Sinki Tersumbat Tanpa Guna Pelocok & Soda Bikarbonat


