
Ramai menggemari muffin dan sangat sedap dan sangat comel bila disediakan dalam acuan atau cawan kertas yang cantik dan pelbagai bentuk dan sesuai sebagai kudapan. Cukup dengan mengambil sebiji muffin bersama secawan kopi sarapan atau minum petang korang menjadi sempurna. Sebenarnya untuk menyediakan muffin juga sangat mudah. Ini ada lima tip perlu korang perhatikan semasa membuat muffin bagi mengelakkannya dari bantat atau tidak menjadi sempurna.

SUKAT BAHAN DENGAN BETUL
Salah satu punca muffin tak menjadi adalah sukatan bahan tidak sama dengan resipi. Oleh itu, korang perlu sukat bahan dengan betul ikut resipi. Jika menggunakan ukuran cawan, sebaliknya korang gunakan pisau untuk meratakan permukaan cawan yang berisi bahan.

ASINGKAN BAHAN KERING DAN BASAH
Walaupun akhirnya semua bahan muffin akan dicampurkan, tapi sebelum mengadun korang perlu asingkan bahan kering dan basah dalam bekas berbeza. Mencampurkan semua bahan dari awal akan menyebabkan muffin bantat. Oleh itu, adaun bahan basah dahulu, kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan kering dan adun hingga sebati.

ELAKKAN MENCAMPUR BAHAN TERLALU LAMA
Memang betul anda perlu pastikan semua bahan adunan diadun sebati tetapi bukan bermakna korang boleh mengadunnya terlalu lama, kerana cara ini juga boleh mengundang muffin korang bantat. Sebenarnya, cara mengadun bahan muffin yang betul ialah, asalkan semua bahan bercampur rata saja sudah memadai untuk terus dibakar.

MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN LAIN SETELAH BAHAN DIADUN
Jika korang nak tambah bahan lain seperti kekacang, choco chips, parutan keju atau kismis, pastikan korang masukkan selepas adunan muffin siap, Gaulkan sekejap asalkan bahan campuran rata dalam adunan sudah memadai dan adunan sedia dimasukkan dalam acuan.

SAPUKAN MENTEGA PADA ACUAN
Agar Muffin tidak melekat, sebaiknya korang sapukan acuannya dengan mentega. Jika menggunakan cup atau cawan kertas sebaiknya lapiskan cawan kertas itu menjadi dua untuk memastikan bentuk cawan kertas tidak kembang dan muffin lebih cantik. Bila sudah masak, boleh tanggalkan lapisan luarnya itu.

MASUKKAN ADUNAN 3/4 ACUAN SAJA
Sebaiknya isikan adunan muffin dalam acuan pada paras 3/4 saja kerana muffin akan berkembang cantik dan merekah sempurna. Untuk memastikan setiap isian sama, korang boleh gunakan sudu atau skop aiskrim semasa memasukkan adunan ke dalam aduan. Jangan sesekali mengisi adunan sehingga penuh acuan, ia akan menadikan muffin keras dan bantat.

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 125 gm tepung gandum
- 7 gm baking powder
- 75 gm mentega yang telah dicairkan
- 75 gm susu sega
- 75 gm gula caster
- 1 biji telur B
- 1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips | tabur
CARA MEMASAK:
- Kacau sebati mentega yang dicairkan bersama susu, gula, telur dan vanilla.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder.
- Kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
- Seterusnya masukkan chocolate chips di dalamnya dan gaul asal rata.
- Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
- Tabur chocolate chips di atasnya.
- Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Barat Kesukaan Rakyat Malaysia. Homemade Lagi Sedap Lagi Jimat.

Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.

Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN

BAHAN-BAHAN:
- 500 gm makaroni
- 50 – 80 gm mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 500ml susu segar
- 250 gram keju parut (shredded)
- 6 ekor udang | dibuang kulit
- Setangkai daun parsli | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Udang direbus. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau.
5. Masukkan udang dan cendawan.
6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api.
7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata
9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa
10. Masukkan daun parsli dan kacau rata.
11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef : Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan tepung serbaguna @gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan mentega | dicairkan
- 1 1/2 sudu makan gula kasterr
- 1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur hingga betul-betul kembang.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan.
5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang
Waktu memasak:15 hingga 20 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Waffle Belgium
Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE

BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
- 300gm tepung gandum
- 6 gm yis
- 20 gm mentega
- 10 gm gula halus
- 1 sudu teh bread improver
- ¼ sudu teh garam
- 1½ sudu makan madu
- 170ml air
- 1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
- 1 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dihiris dadu
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan rempah kari daging
- ½ sudu makan sos tomato
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 5 biji cili padi
- ¼ batang lobak merah
- Sedikit parutan keju cedar
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
Doh:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
Inti ayam :
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing.
5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat.
6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
Calzone :
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan.
8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti.
9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan.
10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 40 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali
Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef : Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging cincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 biji bawang besar holland |dicincang
- 1 cawan sup tomato
- 1 cawan puri tomato
- ½ cawan sos cili
- 1/3 cawan gula perang
- 3 sudu besar kicap
- 2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
- 12 biji bun burger
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala
4. Sudukan daging cincang di atas roti burger.
5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger
Waktu memasak:30 hingga 35minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan: Burger
Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Koleksi Resipi Bubur & Pengat Tradisional Untuk Minum Petang

Petang begini memang sedap kalau dapat menikmati pelbagai bubur dan pengat tradisional yang enak ni. Nak masaknya tidaklah susah mana. Sesuai dijadikan sajian minum petang istimewa buat keluarga. Malah kalau nak bersedekah dekat jiran tetangga pun sesuai. Puas hati. Cukup santan dan manisnya. Malah tentunya lebih jimat dan dijamin bersih. Jom cuba!
1. BUBUR SOM-SOM

BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung beras (beli online disini)
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
- 1 cawan santan pekat
- 1 1/2 cawan air
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 50gm gula pasir (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
- Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
- Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.
2. PENGAT KELEDEK UNGU

BAHAN-BAHAN:
- 400gm keledek ungu |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 250gm santan
- 600gm air
- 1 helai daun pandan | simpul
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus keledek sehingga empuk, kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan.
- Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
3. BUBUR JAGUNG DAN KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 tongkol jagung manis | dihiris
- 100gm kacang merah @ kidney beans |rebus hingga empuk
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 400gm air
- 1 helai daun pandan | simpul
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung, kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus sebentar.
- Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
4. BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI

BAHAN BEBOLA PULUT:
- 100gm tepung pulut (beli online disini)
- 50gm kelapa parut
- 30gm gula merah/melaka (beli online disini)
- Sedikit air
- Garam secukup rasa (beli online disini)
- 1 sudu makan minyak masak (beli online disini)
- 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)
BAHAN UNTUK DOH:
- 1 helai daun pandan
- 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
- 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
- 250gm santan pekat
- 100gm gula pasir (beli online disini)
- 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya (beli online disini)
- 650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
- Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
- Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
- Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Siap untuk dihidangkan.
5. BUBUR LABU DAN CHA-CHA

BAHAN-BAHAN:
- 100gm cha-cha
- 100gm labu yang telah dipotong
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 250gm santan
- 600am air
- 1 helai daun pandan
- 2 sudu makan sagu mata ikan | basuh dan toskan air (beli online disini)
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus cha-cha sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk.
- Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
6. BUBUR CANDIL

BAHAN-BAHAN:
UNTUK DOH:
- 100gm tepung ubi kayu |untuk doh
- 1 cawan air |untuk doh
- 1-2 titis pewarna merah (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna hijau (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna ungu (beli online disini)
- 1 sudu teh air kapur (beli online disini)
- 1 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
UNTUK KUAH:
- 250gm santan pekat
- 100gm gula pasir (beli online disini)
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 1 sudu makan tepung ubi |untuk kuah (beli online disini)
- 1 helai daun pandan |simpul
- Sedikit garam (beli online disini)
- 600ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan.
- Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh.
- Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat.
- Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat.
- Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
7. ASAM GUMPAL

BAHAN INTI ASAM GUMPAL:
- 100gm kacang hijau
- 1 keping gula melaka (beli online disini)
- 1 liter air
BAHAN SAGU MATA IKAN:
- 100gm biji sagu (beli online disini)
- 2 1/2 cawan air suam
BAHAN UNTUK KUAH:
- 250gm santan pekat
- 2 cm halia yang dihiris halus (beli online disini)
- 1/2 sudu teh halba (beli online disini)
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
- 1 biji bawang merah yang dihiris (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
- Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
- Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
8. BUBUR NANGKA BERSAGU DAN KELADI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm keledek |potong dadu
- 200gm keladi |potong dadu
- 4-5 biji isi nangka |carik kasar
- 50gm sagu mata ikan |basuh dan ditoskan airnya (beli online disini)
- 250gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 600gm air
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus keladi hingga empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, masukkan isi nangka dan kacau perlahan. Biar mereneh seketika dan tutup api.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
9. BUBUR BARLI DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 100gm barli
- 200gm keledek yang dipotong dadu
- 250gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 600gm air
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
10. BUBUR ANEKA UBI

BAHAN-BAHAN:
- 50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu
- 50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu
- 50gm ubi kayu yang dipotong dadu
- 50gm ubi keladi yang dipotong dadu
- 250gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 650gm air
- 1 helai daun pandan | simpul
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk.
- Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
11. BUBUR BUTIR NANGKA

BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung pulut (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna merah (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna hijau (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna kuning (beli online disini)
- 250gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 400gm air | kuah santan
- 600gm air | untuk rebus butir nangka
- 1 helai daun pandan |simpul
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
- Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
- Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
- Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
12. PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji pisang nangka | bentuk bunga
- 1 keping mi siput
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 250gm santan
- 650gm air
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
- Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
13. PENGAT KELADI, PISANG & KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji pisang nangka | dibentuk bunga
- 100gm keladi |potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm
- 100gm keledek |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 50gm gula merah/melaka (beli online disini)
- 250gm santan
- 650gm air
- 1 helai daun pandan |simpul
- 1/2 sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang.
- Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
- Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
14. BUBUR ANAK LEBAH

BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung gandum (beli online disini)
- 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
- 1-2 titis pewarna hijau (beli online disini)
- 1-2 titis pewarna merah (beli online disini)
- 100gm gula pasir atau secukup rasa (beli online disini)
- 250gm santan
- 600gm air
- 1 helai daun pandan | simpul
- 1 sudu sudu teh garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
- Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
- Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
- Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
- Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
- Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Siakap Rebus Thai Paling Padu. Kuah Pedas Ni Lah Rahsianya.
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai. Mudah Je Rupanya
Guna Daun Wangi, Gelama Masam. Petua Buat Nasi Ulam Paling Sedap.
Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap. Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Puding Laici Bunga Telang Yang Super Sedap, Cara Nak Buat Pun Senang

Puding Laici Bunga Telang enak dihidang ketika sejuk. Menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama namun jika tidak suka santan, boleh sahaja gantikan dengan susu cair. Pendek kata terpulang pada cita rasa masing-masing. Warna biru daripada bunga telang menjadikan Puding Laici Bunga Telang ini nampak cantik dan menyelerakan. Ini resipinya yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal
RESIPI PUDING LAICI BUNGA TELANG

BAHAN-BAHAN:
ADUNAN 1:
6 gm serbuk agar-agar
7 sudu besar gula – BELI ONLINE
20 kuntum bunga Telang (direndam air panas)
1 tin laici (ambil air sahaja) –BELI ONLINE
600 ml air (setelah dicampur dengan air rendaman bunga telang dan air laici)
CARA MEMBUAT ADUNAN 1:
1. Buah laici disusun di dalam acuan. Ketepikan.
2. Campur agar-agar, gula, bunga telang dan air di dalam periuk. Kacau sebati. Buka api perlahan.

3. Kacau perlahan hingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan sedikit keras.

ADUNAN 2:
300 ml air
300 ml santan
6 gm serbuk agar-agar
7 sudu besar gula
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
CARA MASAK ADUNAN 2:
1. Campur semua bahan adunan 2 kecuali santan. Kacau sebati.
2. Buka api perlahan. Kacau adunan hingga hampir mendidih.
3. Masukkan santan dan kacau seketika. Tutup api dan biar sedikit suam.
4. Tuang adunan 2 di dalam acuan. Pastikan adunan 1 tadi sedikit mengeras supaya adunan tidak bercampur.


5. Boleh tuang adunan selang-seli ikut cita rasa. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hidangkan.
Sumber kredit: Siti Khairun Nur Akmal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak Reti Buat Biskut Raya? Jom Buat Kuih Buah Rotan, Senang Sangat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

