Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Jenis Resipi Ayam Dengan Maggi® Cukup Rasa Yang Berlainan Cara Tetapi Memikat Selera
MAGGI® Cukup Rasa berkongsi 3 resipi berasaskan ayam yang istimewa, sesuai di masak untuk hidangan di rumah yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera ketika menjamahnya, menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A:
- 5-6 ketul ayam
- 3 cawan air
- 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
- 2 helai daun salam
- 1 batang serai
- 4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B:
- 10 biji cili hijau | tumbuk kasar
- 2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
- 1 sudu makan air asam
- MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
- Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
- Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
- Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sekiranya suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
- 5-6 ketul ayam
- 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
- 1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B:
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 batang serai | titik
- 2 labu bawang besar | dadu kasar
- 1 sudu teh air asam jawa
- MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis cili kisar hingga cili masak.
- Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati.Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
- Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili. Ini kerana api yang besar akan membuatkan cili tak masak sepenuhnya dan pahit.
AYAM DAN SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
- 200 gram bunga kobis | potong kecil
- 10 batang kacang buncis | potong kecil
- 1 batang lobak merah | hiris memanjang
- 1 bij cili merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- ½ sudu teh biji sawi
- MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
- Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
- Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
- Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan pelbagai sayur lain mengikut citarasa. Sayur tak perlu ditumis keterlaluan untuk mengekalkan khasiatnya.
BOLEH JUGA LIHAT VIDEO YANG DISEDIAKAN:
Sila layari website MAGGI® https://www.maggi.com.my/recipes/all untuk mendapatkan lebih lagi resipi menarik.
Rahsia Orang Jepun Umur Panjang. Amalan Minum Teh Hijau Beri Banyak Manfaat Pada Kesihatan.
Anda masih lagi minum teh tarik ? Minuman kesukaan rakyat Malaysia yang manis ini memang terbukti bukan minuman sihat terutama buat pesakit diabetes. Cubalah beralih kepada minuman teh hijau.
Minuman ini adalah minuman tradisi penduduk Jepun. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam teh hijau dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk badan. Patutlah rakyat Jepun suka sangat minuman ni dan tergolong dalam negara yang penduduk paling panjang umur.
Anda pun nak sihat? Jom lihat kebaikan-kebaikannya!
KHASIAT & MANFAAT TEH HIJAU
1. TINGGI ANTIOKSIDAN
Teh hijau mengandungi polyphenos seperti flavonoids dan catechin yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi kerosakan sel dan molekul. Seperti yang diketahui radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum masa.
Satu sebatian yang paling ‘kuat’ adalah anti oksidant Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang menjadi sebab mengapa teh ini mempunyai kesan ubatan. Teh hijau juga mengandung sedikit unsur mineral semulajadi yang bagus untuk kesihatan.
2. RANGSANG FUNGSI OTAK
Minum teh hijau boleh buat anda bijak ? Kalau nak tahu ia bukan sahaja membuat anda bermaya tetapi juga menjadi bijak. Ia mengandungi kafein, tetapi tidak sebanyak kopi. Kafein memang diakui adalah bahan perangsang minda. Meminumnya akan memberikan mood dan semangat kepada anda. Bukan sekadar kafein, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine. Gabungan L-theanine dengan kafein berupaya meningkatkan fungsi otak.
3. GALAK PEMBAKARAN LEMAK
Jika anda perhatikan bahan kandungan suplimen menguruskan badan, sering ada bahan teh hijau di dalamnya. Ini adalah kerana teh hijau diyakini boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan paras metabolisma tubuh. Pun begitu kesannya adalah berbeza mengikut individu.
4. KURANGKAN RISIKO KANSER
Amalan meminum teh hijau juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser. Ini kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Antara kanser yang dikenal pasti boleh dikurangkan risikonya adalah kanser payu dara, prostat dan kolorektal (usus).
Mencampurkan susu ke dalam teh boleh mengurangkan kesan antioksidan pada teh. Sebaiknya, minum tanpa menambah bahan-bahan perasa lain untuk mendapat manfaat yang maksimum.
5. KURANGKAN RISIKO NYANYUK & PARKINSON
Teh hijau bukan sahaja memperbaiki dan meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa pendek , tapi juga melindungi otak di masa tua. Penyakit alzheimer adalah penyakit ‘neurodegenerative’ (kesusutan neuro) yang boleh mengakibatkan ‘dementia’ nyanyuk.
Parkinson pula adalah penyakit jenis yang sama yang boleh menyebabkan kemusnahan ‘dopamine’ yang menghasilkan neuron di dalam otak. Kedua gangguan ‘neurodegenerative’ ini boleh dikurangkan risikonya dengan sebatian bio aktif yang ada dalam teh hijau.
6. BUNUH BAKTERIA DAN KUATKAN GIGI
Kandungan cathechin di dalam teh hijau dikatakan boleh membunuh bakteria dan mengelakkan virus seperti influenza. Malah ia juga menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan kaviti dan kerosakan gigi serta mengelakkan masalah mulut berbau.
7. MENGURANGKAN RISIKO DIABETES TAHAP II
Kajian mendapati teh hijau boleh memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula di dalam darah. Kajian di Jepun mendapati peminum teh hijau yang kerap dapat mengurangkan 42% risiko menghadapi diabetes tahap II.
8. RENDAHKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Teh hijau berupaya meningkatkan keupayaan antioksidan di dalam darah yang melindungi partikel LDL kolestrol daripada oksidaksi dan juga mengurangkan tahap LDL kolestrol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
9. MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN RISIKO OBESITI
Jika anda nak menurunkan berat badan, amalkan minum teh hijau. Selain meningkatkan metabolisma, teh hijau juga mampu mengurangkan lemak terutamanya di bahagian abdomen. Wow! Untuk hasil yang lebih menakjubkan, jangan lupa bersenam dan kawal pemakanan. – FARIDAH TALIB
SUMBER RUJUKAN: www.healthline.com
Apam 3 Bahan Anda Bantat & Tak Menjadi? Ini Tip Dari Chef Imelda Harris Yang Anda Boleh Cuba.
Sekarang tengah hangat viral di grup-grup masakan di media sosial tentang resipi kuih Apam yang menggunakan tiga bahan. Resipinya hanya menggunakan telur, tepung gandum dan gula sahaja. Nampak mudah dan senang nak buat kan?
Namun apa yang diimpikan tidak seindah realiti. Ramai yang mencuba tetapi tidak menjadi. Kuantiti bahan, cara-cara pembuatan serta aturan memasak dah sama, tetapi hasilnya, sedih nak cerita. Ada yang leper, ada yang berkedut kematu, ada yang liat. Macam-macam. Bila baca setiap ‘posting’ mengenai Apam 3 bahan yang tak menjadi tu, kesian pun ada malah nak gelak pun ya juga. Ada yang kata dah macam makan getah pemadam dah! Ha…kenapa ya jadi macam tu? Jom baca ulasan Chef Imelda Harris (Masterchef).
1. ELAK GUNA BLENDER
Biasanya untuk menyediakan apa-apa sahaja kek atau kuih muih, pemukul sama ada elektrik mahupun manual digunakan untuk menjadikan adunan kembang dan sebati. Bentuk bilah mata pemukul yang bulat, lebar dan direka khas untuk mengadun adunan kek, membantu menjadikan telur dan gula kembang sempurna.
Berbeza dengan mata pengisar (blender) yang direka untuk mengisar dan menghaluskan rempah masakan dan bukannya untuk mengembangkan adunan kuih. Bentuk mata blender yang tajam serta halus tidak sesuai dan tidak membantu proses pengembangan telur. Oleh sebab itu bila anda memukul telur dan gula menggunakan blender, anda akan dapati sangat susah untuk bancuhan ini kembang. Malah, anda juga perlu memukul dengan lama sehingga telur kelihatan berbuih. Kalau nak tahu, bila telur dan gula dipukul lama, teksturnya juga sudah berubah kerana sudah terlebih pukul. Jadi, bila dicampur dan diadun bersama tepung, tiada udara yang terkandung di dalam adunan. Oleh sebab itu, bila dikukus, apam anda menjadi bantat dan tak naik-naik.
2. TELUR TAK SEGAR
Setelah diteliti resipi ini, hanya telur sahaja yang digunakan sebagai agen pengembang. Biasanya untuk membuat apam atau kek, telur disokong oleh agen-agen pengembang yang lain seperti yis, soda bikarbonat, serbuk penaik, eno dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan telur ini perlu ‘bekerja keras’ sendirian bagi membina apam, maka ia perlulah betul-betul segar. Jika guna telur lama, memang tak ada ‘power’ lah nak mengembang. Malah, kuantiti telur pun kena cukup. Untuk adunan ini naik gebu, sekurang-kurangnya , 3 biji telur segar bersaiz A perlu digunakan.
3. TEPUNG KENA AYAK
Penting! Setiap kali membuat apa-apa kuih atau kek, tepung perlu diayak. Proses ini membantu mengisikan udara ke dalam tepung dan menjadikan adunan lebih ringan seterusnya menghasilkan apam yang gebu. Maklumlah, dah lah guna telur je sebagai agen pengembangan. Kalau tepung tu berat, memang keras la apam jadinya. So, lepas ni ayak dulu ya.
4. GUNA GULA KASTOR
Dalam penghasilan kek dan kuih, gula berfungsi untuk memberikan rasa manis, melembutkan adunan serta bertindak sebagai agen pelekat. Dalam proses membuat apam yang gebu dan lembut, Sebaiknya gunakan gula kastor ( halus). Jika anda menggunakan gula biasa, apabila dipukul bersama telur, ia akan jadi lambat sebati seterusnya menjadikan adunan apam tidak halus serta kurang menjadi apabila dikukus.
5. ALAS PENUTUP PERIUK KUKUSAN
Ia bertujuan bagi mengelakkan wap-wap air menitis semasa dikukus. Titisan air tersebut jika terkena pada adunan apam, akan menyebabkan permukaan kuih menjadi berkedut dan bantat. Oleh itu, sebelum mengukus, alas penutup periuk kukusan dengan kain seperti tuala atau tudung lama yang bersih dan menyerap air.
Jangan sedih-sedih tau kalau tak menjadi. Boleh cuba lagi resipi apam lain yang guna yis. Yang ni pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
- 1 cawan nasi sejuk
- 400ml air
- 200gm gula pasir
- 11gm yis
BAHAN B:
- 200gm tepung beras
- 200gm tepung gandum
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Garam secukupnya
BAHAN LAIN:
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.
6. Sedia dinikmati.