Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!
Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, atau lebih dikenali sebagai Chef Naem sudi berkongsi 3 resipi sihat yang selalu di hidangkan untuk para atlet dengan menggunakan Kentang AS sebagai bahan utama. Bulan puasa elok banyakkan karbo supaya badan kekal aktif dan bertenaga. Cubalah!
SMOOTHIE NANGKA KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji kentang U.S Russets
- 1 Serbuk serbuk protein
- 6 biji buah nangka
- 1 cawan susu soya
- 2 sudu makan madu
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 sudu teh chia
- 1 cup ice cube
- 1 daun pandan (hiasan)
- 1 gula melaka (hias)
CARA MASAK:
1. Kupas kentang dan potong menjadi kiub.
2. Renehkan kentang sehingga lembut selama 10 minit.
3. Kisar semua bahan – kentang, nangka, serbuk protein, susu, madu, kayu manis, biji chia dan ais bersama-sama sehingga hancur.
4. Hiaskan dengan pandan daun, biji chia, dan beberapa hirisan gula melaka.
TIP: Jika tidak suka nangka boleh tukarkan kepada buah dragon fruit atau ikut apa yang anda suka. Minuman smoothie ini sangat mengenyangkan dan sesuai disediakan ketika sahur, karbo yang ada pada kentang membekalkan tenaga yang banyak untuk tubuh badan.
TOMYAM AYAM HASH BROWN
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji U.S Hash Brown
- 1 pekat tom yam paste
- 2 dada ayam (rebus)
- 2 biji tomato (dicincang)
- 2 helai daun limau purut (dihiris)
- 2 helai daun ketumbar (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris)
- Garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Ayam potong dadu dan masukkanke dalam air mendidih. Taburkan sedikit garam dan halia sehingga dimasak.
2. Air fry U.S hash brown pada 100C selama 15 minit hingga coklat keemasan.
3. Sapukan rata pes tom yam atas hash brown tadi..
4. Dalam mangkuk, masukkan ayam, tomato, daun limau purut, ketumbar, serai, garam & lada sulah.
5. Gaulkan rata.
6. Letakkan bahan yang dah di gaul tadi di atas hash brown.
7. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.
ON-THE- GO KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji kentang U.S Russets | dikupas dan potong dadu
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 biji bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk kari
- 1 biji lemon (diparut)
- 1 biji limau nipis | hiasan
- kacang almond | cincang halus
- garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kentang yang dah di potong dadu dalam mangkuk dan tuangkan minyak zaitun
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, gabungkan paprika, serbuk kari, kulit lemon yang di parut dan kacang almond dan bawang putih.
3. Campurkan semua bahan dan salutkan ramuan tadi pada kentang.
4. Goreng dengan air fryer pada 120c selama 20-30 minit (dalam kelompok kecil)
5. Perah limau nipis untuk rasa yang lagi bangkit.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.
Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular & Harga Mahal. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya.
Nama saintifik bagi Cendawan Shiitake adalah Lentinula edodes atau juga dikenali sebagai cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun serta sering dijumpai di kawasan liar di pergunungan di Asia Tenggara.
Cendawan Shiitake juga banyak digunakan di dalam masakan Cina. Boleh didapati sama ada dalam bentuk segar mahu pun yang telah dikeringkan. Namun di pasaran, cendawan yang telah dikeringkan lebih mudah didapati. Antara khasiatnya seperti sumber protein dan asid amino, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B1, B2 dan niasin. Ia juga dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Di Malaysia, cendawan ini boleh diperolehi dengan mudah di pasaraya sama ada dalam bentuk segar ataupun kering. Cendawan berbentuk kering lebih mudah untuk disimpan dan jangka hayatnya lebih lama. Malah, ia juga enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan seperti sup, kacau goreng dan sebagainya. Untuk menyediakannya, anda hanya perlu bersihkan dan rendam seketika di dalam air panas. Kemudian masaklah mengikut resipi anda. Mudah kan?
Nak cuba masak cendawan ni? Boleh cuba resipi di bawah.
SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN SHIITAKE
BAHAN-BAHAN:
- 800gram isi ayam } dipotong kecil memanjang
- 8 biji cendawan Shiitake } rendam semalam hingga kembang.
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 kiub ayam
- 1sudu makan perahan limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
BAHAN TUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 ulas bawang putih } ditumbuk
- 3 biji bawang merah } ditumbuk
- 1.25cm halia } diketuk atau boleh dihiris nipis
- 1 bunjut sup tulang
CARA-CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu, cendawan Shiitake yang telah direndam sehingga kembang dibelah dua atau empat. Ketepikan.
- Kemudian, dalam sebuah periuk, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,sup bunjut, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk halus. Kacau sehingga naik bau.
- Setelah itu, masukkan potongan isi ayam dan kacau supaya ayam sebati dengan tumisan. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 minit dengan api yang perlahan.
- Kemudian baru dimasukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam serta gula secukup rasa. Masukkan cendawan Shiitake dan biar sup mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
- Masukkan perahan air limau nipis dan kacau beberapa saat dan kemudian bolehlah dipadamkan api.
- Semasa menghidang bolehlah ditaburkan dengan daun bawang.
Info chef: Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih. Boleh tambah sayuran lain seperti lobak merah dan kentang jika suka. Cili padi boleh diketuk-ketuk jika anda gemarkan sup lebih pedas.
Raih Pengalaman di Dubai dan Iran. Chef Dennie Yudie Manfaatkan Ilmu Perantauannya.
Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1
2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak
3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1
4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie
5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus)
6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus)
7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”