True Aussie Striploin steak
Bila bercakap soal daging, tahukah anda sebenarnya daging lembu mempunyai banyak manfaat pemakanan dan merupakan bahagian penting dari diet sihat untuk keluarga, terutamanya untuk kanak-kanak. Daging merah memang banyak sumber protein, zat besi, zink dan nutrien penting lain.
Dan jika anda nak tahu, antara daging terbaik ialah daging berkualiti tinggi dari Australia yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia kerana dagingnya yang empuk.
Aust Black Angus Striploin and Aust Beef Shabu-Shabu
Buat pengetahuan anda juga, ternakan lembu Australia diberi makan rumput, bijirin, organik dan spesies baka produk seperti Wagyu dan Angus boleh dinikmati dalam daging yang berbeza potongan dan pelbagai gaya memasak.
Aust Beef Blade Block
Daging lembu yang diberi makan rumput Australia secara semula jadi rendah dalam lemak dan kolesterol, sambil menawarkan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi asid. Dan secara tidak langsung, dapat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko jenis kanser tertentu.
Setiap daging lembu Australia daripada True Aussie Beef adalah halal dan ia mudah untuk didapati di pasar raya antaranya Jaya Grocer, Aeon, Village Grocer, Giant dan Village Grocer.
Cara Simpan Daging
Kita tahu, adakalanya bila beli daging namun tak sempat masak. Jadi bagaimana cara terbaik untuk simpan daging agar tahan lebih lama dan kekal segar.
#1 Asingkan Daging
Perkara pertama yang harus dibuat ialah asingkan daging mengikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, bahagian rib eye, bahagian dalaman ( perut, hati, limpa dan paru) dan daging cincang. Apabila ingin memasak, hanya keluarkan bekas mengikut yang sudah diasingkan, manakala lain-lain kekal dalam freezer. Ini kerana tidak semua daging lembu sama, dan ia juga tidak masak dalam tempoh yang sama!
#2 Bersih Dan Cuci Daging
Walaupun tidak banyak kotor, namun tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir. Selepas dicuci, elakkan dari meletak di tempat terbuka.
#3 Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak
Bila mendapat daging, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer. Ia bertujuan daging tidak mengalami proses pembekuan berulang.
#4 Simpan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan menggaulkan daging dengan gula, garam, bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan pengawet pada makanan.
#5 Simpan Dalam Bekas Tertutup
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas tertutup, supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, perlu balutnya dengan kemas. Manakala suhu di freezer pula pastikan suhu bawah 18 C. Insya-Allah, daging tersebut boleh disimpan lebih 3 bulan.
Cara Masak Agar Daging Lembut
Menerusi True Aussie Beef , untuk memasak daging, anda perlu pilih potongan yang paling sesuai dengan resipi dan teknik masakan anda. Biar daging lembu berada pada suhu bilik sebelum mula memasak dan cuba elakkannya daripada menjadi kering. Untuk mengekalkan stik, cop dan panggangan anda empuk dan berjus, rehatkannya antara 5-10 minit sebelum memotong.
Tips Membeli Daging Lembu Yang Segar
Jangan ambil mudah tentang pemilihan daging yang betul untuk memasak. Paling penting, daging yang dibeli haruslah segar dan tidak rosak. Jom kita tengok tips yang boleh digunakan.
#1 Perhatikan Warna Daging
Daging lembu yang segar mempunyai warna merah yang gelap, tanpa ada warna-warna pucat seperti kehijauan atau kebiruan. Daging yang tak segar mempunyai warna pucat dan selalu berwarna coklat.
#2 Garisan Lemak Daging
Perhatikan urat-urat lemak pada daging tersebut. Ia mestilah berwarna putih dan kedudukan lemaknya padat. Itu adalah tanda daging yang segar dan berkualiti.
Aust Beef blade
#3 Tesktur Daging Yang Elastik
Cuba cucuk daging dengan jari. Sekiranya ia meninggalkan kesan mendalam dan kembali ke bentuk asal seperti span, itu tanda daging itu segar dan empuk apabila dimasak nanti. Tekstur daging yang keras dan kering petanda ia sudah lama terbiar dan tak lagi segar.
#4 Perhatikan Tarikh Pada Pek Daging
Selalunya pasaraya akan mengamalkan konsep first in, first out di rak simpanan. Ini maksudnya daging yang berada di rak hadapan, semakin dekat dengan Tarikh luputnya. Jadi, pilih pek daging yang terletak di bahagian belakang.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: