Ini 4 Cara Bangkitkan Aroma Rempah & Ramuan Masakan.
Setuju tak kalau dikatakan masakan Melayu kaya dengan bahan ramuan dan rempah ratus, Hal inilah yang menjadikan rasa dan aroma masakan tradisi ini agak unik dan setiap masakan yang dimasak mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri, tidak sama antara satu sama lain. Namun bukan mudah untuk membangkitkan aroma dan rasa istimewa ini, bagi mendapatkan manfaat tersebut, berikut ada empat caranya
Ads
Ketuk & Titik
Bahan ramuan yang keras seperti lengkuas, halia dan serai mesti dititik atau diketuk sebelum digunakan, cara ini membuat aroma dan rasanya lebih mudah keluar dan dirasai. Anda boleh menggunakan anak lesung batu atau belakang pisau untuk mengetuknya. Atau boleh juga kisar, sementara untuk daun kunyit boleh saja dicarik-carik dan disimpulkan.
Goreng Sangai
Aroma dan rasa rempah akan lebih terasa jika ia digoreng sangai dahulu. Antara rempah ratus yang boleh disangai, ia termasuklah ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan juga bunga cengkih. Kemudian baru dikisar kasar atau halus. Goreng sangai adalah proses menggoreng tanpa minyak di atas api kecil dan sentiasa dikacau. Rempah ratus yang digoreng sangai juga boleh tahan lebih lama.
Carik-Carik & Simpul
Ads
Daun kunyit, pandan dan limau purut adalah daun-daun yang digunakan dalam masakan kerana aromanya. Untuk memastikan aromanya keluar dan sebati dalam masakan, koyak atau carikkan dedaun tersebut sebelum masukkan dalam masakan dan menjadikan araoma dan rasa masakan tersebut lebih sedap. Untuk daun pandan dan daun kunyit boleh dicarik kemudian simpul dan masukkan dalam masakan.
Hiris Atau Ikat
Ads
Dedaun seperti daun bawang, ketumbar dan saleri perlu dihiris sebelum dimasukkan dalam masakan. Sedangkan tujuan menghiris itu adalah untuk mengeluarkan baud an rasa. Tetapi jika anda tidak mahu tergigit daun ini semasa makan, anda masih boleh mendapatkan aromanya dengan cara simpulkan sahaja daun ini selepas dicuci bersih kemudian masukkan dalam masakan.
Jangan lupa praktikan info ini supaya masakan anda lebih sedap dan kaya dengan aroma.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.
DIY BEKAS REMPAH GUNA BOTOL KACA TERPAKAI
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Cat spray (Spray paint)
Label sticker
Skru secukupnya
Screwdriver
L metal
Kayu
CARA-CARANYA:
1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.
2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.
3. Skrukan penutup botol pada kayu.
4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.
Daun kari ini memang banyak kita guna dalam masakan. Lagi senang kalau kita tanam sendiri, nak masak petik saja.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari (contoh ranting dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru (5-8 hari).
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh kalau anda baca tip ini.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak. Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.