Ini Caranya Buat Sandwich Tebal, Banyak Inti & Tak Muak

Share

Bila hidangkan sandwich tebal dan macam makan di restoran atau hotel, mesti suami dan anak-anak akan suka.

Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Resipi dan cara yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, boleh dijadikan bekal sebagai minum petang atau sarapan buat suami dan anak-anak.

Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.

Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang.

 

SANDWICH TEBAL 3 LAPIS

BAHAN-BAHAN:

4 keping roti mil wholemeal bread


2 keping lof daging ayam
6 hirisan timun jepun
6 hirisan lobak merah – beli online di sini
2 helai daun salad (basuh dan keringkan)
1 keping keju
Sos bijan panggang

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus | Dapur Rasa Live

CARA MENYEDIAKAN SANDWICH:

1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.
2. Goreng lof daging ayam di atas kuali sehingga masak. Ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Timun setelah dihiris, mesti dilapkan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun. Ketepikan.


4. Lobak merah dihiris lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.


5. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
6. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin. Letakkan satu kepingan keju.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
8. Susun hirisan timun jepun. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

9. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir). Siap sandwich 3 tingkat.


10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff